Events Calendar

Download as iCal file
Ahli Ekonomi Alam Sekitar UNIMAS sebagai Keynote Speaker dalam American Youth Climate Change Camp di Kota Pontianak Indonesia, Pelajar
Monday 09 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1567
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FEB_AmericanYouthClimateChangeCamp_Main_B1

 

FEB AmericanYouthClimateChangeCamp B1

Hubungan dua hala antara kedua-dua universiti di kepulauan borneo ini sekali lagi diperkukuhkan dengan penganjuran American Youth Climate Change Camp 2016 oleh American Coner di UNTAN dengan menjemput ahli akademik ekonomi alam sekitar, Cik Audrey Liwan (Phd Environment Economics, ME, BE) sebagai salah seorang panel keynote yang diadakan pada 23-24 April 2016 yang lepas. Program dua hari ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat umum dari pelbagai latar belakang akan kepentingan menjaga persekitaran dalam usaha menyeimbangkan keperluan pembangunan mampan. Seramai 30 perserta daripada seluruh kalimantan barat menghadiri program dua (2) hari ini.


Program ini turut melibatkan peserta menyertai projek pembangunan alam sekitar selain Pelajar yang telah diagihkan ke dalam kumpulan kecil untuk melaksanakan analisa berdasarkan permerhatian berangka terhadap beberapa aktiviti rekreasi yang telah dikenalpasti selain mewawancara sampel bagi memastikan maklumat yang diperlukan bagi tugasan dapat diperolehi. Antara aktiviti rekreasi yang dikenalpasti adalah membeli belah, makan malam di luar, taman umum, gymnasium, bar kopi, dan aktiviti berbasikal. Hasil tugasan ini akan dibentangkan dalam sesi pembentangan pada minggu ke-13 dan hasil poster akan ditayangkan kepada umum di ruang lobi fakulti.


Program ini adalah inisiatif kursus dan juga para pelajar tanpa melibatkan sebarang implikasi kewangan khusus daripada pihak fakulti dan universiti. Adalah dirangka, pada masa akan datang, program seumpama akan lebih banyak diadakan namun di lokasi lain sekitar negara jiran yang terpilih. Selain tujuan akademik, program ini juga merupakan salah satu inisiatif berterusan fakulti dalam usaha mempergiatkan aktiviti dua hala FEB UNIMAS dengan FEB UNTAN. Lawatan kali ini amat bersejarah apabila para delegasi dijemput ke rumah Konsul Malaysia di Kota Pontianak iaitu En. Mohiuddin Ghazali bagi jamuan makan tengah hari.


Dalam perjumpaan dua jam dan tidak rasmi ini, wakil delegasi turut membincangkan peluang memperkukuhkan kerjasama antara keda-dua universiti terutama dalam program latihan industri, keusahawanan serantau dan juga persidangan ekonomi lintas batas borneo.


Selain membuka ruang hubungan akrab antara pelajar kedua-dua universiti, program turut membantu pelajar untuk lebih bersyukur dan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kejayaan dicapai dalam pembelajaran di dalam kampus UNIMAS. Diharapkan akan lebih banyak aktiviti seumpama dilaksanakan bagi membuka ruang kepada pelajar berinteraksi dan menyelami erti pembelajaran di universiti apabila melaksanakan aktiviti pembelajaran luar kampus seperti ini.

FEB AmericanYouthClimateChangeCamp B2FEB AmericanYouthClimateChangeCamp B3

 
Attachment(s):
 
 
Demo