Events Calendar

Download as iCal file
Tema bertepatan : 27 ibu tunggal sertai program latihan usahawan wanita berjaya
Friday 06 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3140
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pix5.png

pix2pixc7

pix6pix1

KOTA SAMARAHAN, 6 Mei 2016 :  Seramai 27 orang ibu tunggal telah menyertai program latihan ‘ Ke Arah Usahawan Wanita Berjaya’ anjuran Pelajar Program Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA), baru-baru ini.

Objektif program yang bertemakan “Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia” itu adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta (ibu tunggal) untuk lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi.

Ini kerana, kemahiran komunikasi berkesan adalah penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang usahawan dan seorang ibu serta terutama semasa berinteraksi dengan pelbagai jenis ragam dan karenah pelanggan serta persepsi masyarakat sekeliling.

Program tersebut yang dikendalikan oleh 22 orang pelajar sarjana dimulakan dengan sesi  ‘ice breaking’ dan disusuli dengan ceramah serta sesi perkongsian yang dilakukan oleh Encik Merikan Aren dan Dr Dayang Affizah binti Awang Marikan dari UNIMAS.

Turut diadakan ialah sesi latihan secara berkumpulan yang memberi peluang kepada peserta melakukan pembentangan dan berkongsi pengalaman tentang apa yang mereka lalui sepanjang terlibat sebagai usahawan industri kecil dan sederhana.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan, Pascasiswazah dan Penyelidikan, Dr Philip Nuli Anding serta turut dihadiri oleh Puan Saniah bt Mohd Hussain selaku Timbalan Presiden PITSA dan Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Dr Mohammad Nur Azhar bin Mazlan.

Tema yang dipilih bertepatan sekali dengan Sambutan Hari Ibu yang disambut pada setiap bulan Mei.

Program sebegini diadakan  setiap tahun di bawah kendalian pelajar Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Kohot 3 sesi 2015/2016 sangat bersesuaian dengan

Program di bawah seliaan Profesor Dr Rusli b. Ahmad dan Encik Helmi Sumilan ini mendedahkan kepada para pelajar dalam mengaplikasikan program latihan di samping memenuhi keperluan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek KMS6033 Rekabentuk dan Pengurusan Program Latihan dalam melaksanakan program latihan sebenar. 

Dengan adanya program sebegini diharap mampu membentuk dan mengukuhkan sifat kepimpinan, toleransi dan kerjasama melalui program latihan serta meningkatkan kekuatan potensi diri yang ada pada peserta dan juga pelajar.

 Ironinya, latihan sebegini boleh membantu dalam menyuntik semangat memperbaiki diri dan menyara kehidupan seharian agar tidak di pandang serong oleh masyarakat dalam kalangan peserta yang terdiri dari ibu tunggal yang bernaung di bawah PITSA.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo