Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS dipilih sebagai tuan rumah bagi JALUMA ke-31
Thursday 05 May 2016, 03:00pm - 05:00pm
Hits : 1645
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pix1.png

Kota Samarahan, 5 Mei 2016 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dipilih sebagai tuan rumah untuk Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Universiti-Universiti Malaysia (JALUMA) ke-31 Bil.2/2016 dan Makmal Latihan Berstruktur II yang bermula hari ini.

Mesyuarat tersebut akan diadakan selama tiga hari sehingga 7 Mei ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Universiti.

Pemilihan UNIMAS sebagai tuan rumah mesyuarat untuk kali ini telah diputuskan dalam Mesyuarat JALUMA yang ke-30 Bil.1/2016 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Encik Mohd Nor Shokri Abd Rahman telah dihadiri oleh lebih kurang 30 perwakilan dari Universiti-Universiti Awam dan juga seorang wakil dari Akademi Kepimpinan Tinggi (AKEPT).

Perwakilan UNIMAS diwakili oleh Puan Hjh Nor Fadzilah Kamarudzaman dan Puan Siti Lydiawati Sahmat.

Turut berkesempatan hadir juga ialah Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim yang telah memberi sepatah dua kata dan mengalu-alukan kedatangan delegasi perwakilan.

Pada mesyuarat kali ini turut diadakan sesi makmal yang membincangkan lanjut berkenaan dengan enam (6) skim perkhidmatan iaitu skim KP, B, L, N, F, dan S yang bertujuan untuk menambahbaik skim latihan sedia ada.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung seperti majlis jamuan makan malam bersama Pendaftar UNIMAS di Kampung Gersik, Kuching dan lawatan ke kilang kek lapis Sarawak di sekitar Kampung Gersik, Kuching.

 
Attachment(s):
 
 
Demo