Events Calendar

Download as iCal file
Ahli Ekonomi Alam Sekitar UNIMAS sebagai Keynote Speaker dalam American Youth Climate Change Camp di Kota Pontianak Indonesia
Thursday 05 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1103
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FEB American Youth Climate Change Camp_Main

FEB American Youth Climate Change Camp 2

Hubungan dua hala antara kedua-dua universiti di kepulauan borneo ini sekali lagi diperkukuhkan dengan penganjuran American Youth Climate Change Camp 2016 oleh American Coner di UNTAN dengan menjemput ahli akademik ekonomi alam sekitar, Cik Audrey Liwan (Phd Environment Economics, ME, BE) sebagai salah seorang panel keynote yang diadakan pada 23-24 April 2016 yang lepas. Program dua hari ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat umum dari pelbagai latar belakang akan kepentingan menjaga persekitaran dalam usaha menyeimbangkan keperluan pembangunan mampan. Seramai 30 perserta daripada seluruh Kalimantan Barat menghadiri program dua (2) hari ini.

Program ini turut melibatkan peserta menyertai projek pembangunan alam sekitar selaian projek CSR gotong royong membersihkan tarikan utama Kota Pontianak iaitu Tugu Khatulistiwa, Sungai Kapuas dan juga Istana Kadariah. Program tahunan yang diadakan ini mempunyai tema yang berlainan setiap tahun, dan bersempena dengan Earth day, program tahun ini berkisar mengenai perubahan iklim, dan isu-isu alam sekitar yang berkaitan.

Laporan program juga turut boleh dilayari di halaman sesawang Tanjungpura Times di alamat seswang http://thetanjungpuratimes.com/2016/01/23/amcor-untan-adakan-american-youth-vlimate-change-camp/

Selaku pemerhati, program seumpama boleh dilaksanakan diperingkat fakulti dengan keterlibatan badan-badan penting kerajaan dan swasta dalam usaha pengembelengan dan kesedaran akan pemeliharan alam sekitar dalam pembangunan ekonomi mampan. Perkongsian Cik Audrey Liwan kepada peserta membuka kesedaran peserta akan kepentingan sumber semulajadi iaitu yang semakin terhad lantaran aktiviti ekonomi yang rakus dan tidak terancang, juga perkongsian langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan kelestarian persekitaran.

Tahniah kepada Cik Audrey Liwan diatas pemilihan sebagai keynote speaker bersama beberapa tokoh antarabangsa lain yang turut dijemput di dalam program berprestij di sana.

FEB American Youth Climate Change Camp 1FEB American Youth Climate Change Camp 3

 
Attachment(s):
 
 
Demo