Events Calendar

Download as iCal file
Pasukan kayak UNIMAS raih tempat sepuluh terbaik
Thursday 05 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1946
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kayak2.jpg

Kayak1

KOTA SAMARAHAN, 5 Mei 2016 : Tahniah buat pasukan kayak UNIMAS yang berjaya meraih tempat sepuluh terbaik dalam beberapa kategori yang dipertandingkan di di Labuan International Sea Challenge 2016, baru-baru ini.

Antara kategori yang dimenangi iaitu tempat ketiga bagi kategori beregu campuran yang dianggotai oleh Azratilai dan Sally Ann Yap Yu Ing dan tempat keempat bagi kategori perseorangan lelaki oleh Desmond Albert ak Andrew.

Selain itu, tempat keenam bagi kategori beregu lelaki yang dianggotai oleh Patrick Ann Bilong dan Clinton Ngawal Stephen manakala tempat kelapan untuk kategori beregu campuran oleh Ahmad Nazri bin Zainal Mokhtar dan Tipah ak Lihong.

Kejohanan cabaran kayak tersebut merupakan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan merupakan antara kejohanan sukan terbesar di Labuan yang menyediakan beberapa pertandingan sukan air pada 29 April sehingga 1 Mei lepas di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo