Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS guna kepakaran sediakan Mikro Hidro kepada penduduk Semulong Ulu
Tuesday 03 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2220
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cren2.png

cren1cren3

KOTA SAMARAHAN, 3 Mei 2016 : Majlis Pelancaran dan Penyerahan Projek Mikro Hidro Semulong Ulu, Lingga, Sri Aman, Sarawak telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pertanian  (Penyelidikan dan Pemasaran), Datuk Mong Dagang, baru-baru ini.

Turut hadir semasa majlis bersejarah itu ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dato' Mohamad Kadim Suaidi.

Projek tersebut merupakan inisiatif yang diambil oleh para penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan UNIMAS yang merekabentuk semula dan menjayakan projek asal Hidro Mikro dan berkuasa menjanakan elektrik sebanyak 3kW.

Pada awalnya, sistem tersebut hanya mampu bertahan untuk satu setengah tahun sahaja ekoran dari penggunaan bahan-bahan mudah/ringkas dan murah serta sistem turbin buatan sendiri atas sebab peruntukan yang terhad.

Mempelajari kesan dari pengalaman tersebut dan potensi yang sangat cerah untuk menjana kuasa elektrik yang lebih tinggi dari sumber tenaga semulajadi iaitu hidro, yang sedia ada, ahli penyelidik Pusat Tenaga Lestari dan Boleh Diperbaharui (CREN) di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS telah memohon kepada KKLW untuk membiayai satu projek mikro hidro di kampung tersebut.

Berdasarkan “UNIMAS Micro Hydro Community Based Framework" dan bersandarkan komitmen penduduk kampung yang sangat menggalakkan, CREN (UNIMAS) telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan dan membina Projek Mikro Hidro ini.

Tapak projek ini terletak di sebuah anak sungai Lingga dan dibina di pinggir air terjun Wong Bayan dengan tujuan utama adalah untuk membina sambil membuat penyelidikan infrastruktur Mikro Hidro, penjanaan dan pembekalan tenaga elektrik menggunakan kuasa hidro (air) ke Rumah Panjang Laroh.

Untuk informasi, Rumah Panjang Laroh, Lingga, Sri Aman terletak di pedalaman Pinggir Bukit Lesung dengan jumlah penghuni sebanyak 35 buah keluarga.

Sejak tahun 1960 an lagi, kebanyakan penghuni rumah panjang ini menggunakan lilin, lampu, minyak tanah dan janakuasa elektrik diesel dalam kehidupan harian mereka.

Dengan adanya projek ini, janakuasa elektrik dapat disalurkan secara percuma menggunakan kuasa hidro dari air terjun Sungai Wong Bayan yang berdekatan dengan kawasan Kampung. 

Ini sekaligus mengurangkan beban penduduk kampung yang tidak perlu lagi menggunakan janakuasa diesel yang memakan belanja besar dan mengeluarkan asap serta bunyi bising yang tidak menyenangkan di siang atau malam hari.

Bekalan elektrik ini boleh digunakan untuk kegunaan asas mereka seperti lampu, kipas angin, peti ais berkuasa rendah, televisyen, radio dan sebagainya selain boleh digunakan untuk memproses padi, lada, getah dan sebagainya pada waktu-waktu tertentu yang terancang.

CREN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mengkaji, penyelidikan, merancang dan membangunkan sosio ekonomi penduduk kampong melalui perancangan yang rapi dan komitment yang tinggi, sebelum, semasa dan selepas siap dipasang dengan harapan ianya akan menjadi contoh dan model untuk projek-projek serupa di kawasan yang lain, khususnya di pedalaman Sarawak dan bagi penduduk yang memerlukan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo