BEGIN:VCALENDAR VERSION:2.0 PRODID:-//jEvents 2.0 for Joomla//EN CALSCALE:GREGORIAN METHOD:PUBLISH BEGIN:VTIMEZONE TZID:Asia/Kuching BEGIN:STANDARD DTSTART:20200925T080000 RDATE:20380119T111407 TZOFFSETFROM:+0800 TZOFFSETTO:+0800 TZNAME:Asia/Kuching +08 END:STANDARD END:VTIMEZONE BEGIN:VEVENT UID:e1b17c80c24a395981d572bc0df41603 CATEGORIES:In The Media CREATED:20210926T110012 SUMMARY:Menimba ilmu daripada Sasterawan Negara Malaysia Ke-14 DESCRIPTION:
Kesusasteraan tidak dapat dipisahkan dengan manusia dan masyarakat. Sast era hidup kerana adanya hubungan ini. Baru-baru ini, Fakulti Bahasa dan Kom unikasi UNIMAS, Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), dan Dewan Ba hasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Syarahan Perdana Sasterawan Negar a 2021 yang bertajuk “Warisan Budaya dan Perubahan Nilai Kemasyarakatan: Ce rpen Semasa Sarawak”.
Kita bertuah dapat mendengar Sasterawan Negara, Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, berkongsi ilmu dalam bidang sastera . Syarahan tersebut dimulakan dengan biodata Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail oleh Yang Berbahagia Encik Abang Haliman Julai iaitu Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak yang merupakan moderator bagi syarahan ini.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS dan dihadiri oleh Timbalan-timba lan Naib Canselor.
Sasterawan Negara Malaysia yang ke-14
Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail merupakan tokoh yang tidak asing l agi dalam kesusasteraan Melayu, kebudayaan Melayu, dan kesenian Melayu di r antau Asia dan di dunia. Pengalaman awal beliau dalam bidang lukisan dan se ni halus banyak membawa beliau merentasi bidang lain seperti pendidikan, pe nulisan puisi, novel, cerpen, cerita kanak-kanak, budaya, dan kesenian. Seh ingga kini, beliau telah menghasilkan tiga buah novel, 19 buah kumpulan cer pen, 20 buah buku kajian, dan 25 buah puisi. Sebahagian besarnya masih diul ang cetak dan dijadikan rujukan pelbagai pihak. Karya beliau turut diterjem ahkan kepada pelbagai bahasa seperti Bulgaria, Hindi, English, Jepun, Peran cis, Korea, Urdu, Thailand, dan Russia.
Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu
Beberapa soalan sempat dikemukakan oleh para penon ton syarahan perdana ini. Antara yang menarik ialah seandainya kita berkomu nikasi dengan menggunakan dialek kita sendiri, sebagai contoh dialek Melayu Sarawak, adakah kita menyokong dalam memperkasakan Bahasa Melayu walaupun ia merupakan bahasa yang tidak sama dengan bahasa Melayu standard? Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail berpendapat bahawa menggunakan dialek dalam k omunikasi seharian adalah digalakkan kerana dialek merupakan ibunda kita da n dialek yang digunakan adalah sama jika orang tersebut berasal dari daerah yang sama. Malah, orang-orang dari luar negara juga akan tertarik daripada dialek-dialek yang ada di Malaysia seperti dialek Kelantan.
Selain i tu, terdapat juga soalan daripada Tuan Haji Valentino iaitu wakil dari Perp ustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY). Beliau bertanya apakah pesanan k epada mahasiswa, warga UNIMAS, dan penulis yang mula menulis supaya mereka memiliki acuan sendiri. Jawapan Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, “Tul islah apa sahaja dengan mengikut pengalaman anda kerana etika dan budaya id entiti masing-masing berlainan dan menulis mengikut pengalaman kita merupak an salah satu cara yang baik untuk mengenalkna keturunan kita”.
Dr Zu raini Seruji dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi seterusnya bertanya soalan yang berkaitan dengan pendidikan. Beliau ingin tahu apakah impak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang di ajar di sekolah beberapa tahun yang lalu terhadap Bahasa Melayu. Profesor D atuk Dr. Siti Zainon Ismail berpendapat yang sistem bahasa ini tidak sepatu tnya diaplikasikan ke atas pelajar sahaja tetapi juga ke atas pemimpin-pemi mpin.
Sastera dan kita
Secara kesimpulannya, sastera d ianggap sebagai satu elemen untuk menyampaikan buah fikiran. Buah fikiran t idak akan sempurna sekiranya sastera tidak ditanam dalam jiwa perasaan kita . Bukan itu sahaja, ramai tokoh menggunakan teks sastera untuk menampilkan watak-watak dan kisah-kisah sejarah. Sesungguhnya, seorang penulis bukan se kadar berkongsi kesedaran jiwa dengan masyarakatnya. Ini juga merupakan anu gerah. Semestinya, sastera juga tidak terpisah dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat.
DTSTAMP:20240329T094554Z DTSTART;TZID=Asia/Kuching:20210926T080000 DTEND;TZID=Asia/Kuching:20210926T170000 SEQUENCE:0 TRANSP:OPAQUE END:VEVENT END:VCALENDAR