Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS PRIHATIN: LANGKAH DAN TINDAKAN PENCEGAHAN WABAK COVID-19 DALAM KAMPUS
Monday 16 March 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 6003
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Covid-19 poster.jpeg

 KENYATAAN MEDIA

UNIMAS PRIHATIN: LANGKAH DAN TINDAKAN PENCEGAHAN WABAK COVID-19 DALAM KAMPUS

Kota Samarahan, 16 Mac 2020: Berikutan penularan wabak jangkitan COVID-19 di seluruh dunia berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), UNIMAS turut prihatin dan mengambil langkah berjaga-jaga dan tindakan pencegahan wabak ini dalam kampus.

Pada 11 Mac 2020, WHO telah mengumumkan bahawa wabak COVID-19 telah berada di tahap pandemik dan 150 negara setakat ini telah dijangkiti termasuk Malaysia.

Dalam situasi ini, UNIMAS memantau sepenuhnya jika terdapat risiko jangkitan dalam kalangan warga dan akan bertindak segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih serius.

Sehubungan itu, pihak Universiti telah mengambil beberapa langkah untuk mencegah wabak ini di kampus sejak Januari yang lepas dan sentiasa merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan KKM dari semasa ke semasa.

UNIMAS komited untuk membendung penularan wabak ini di kampus dengan mengambil inisiatif-inisiatif berikut:

1. Menyediakan Peruntukan khas bagi COVID-19
Sejumlah RM 1 juta disediakan untuk kesiapsiagaan menangani wabak COVID-19. Ini termasuklah mengukuhkan kualiti prasarana IT sedia ada bagi menyokong aktiviti pembelajaran atas talian secara total, pembelian bahan inisiatif pencegahan, kemudahan kuarantin dan keperluan sokongan teknikal.

2. Menubuhkan jawatankuasa khusus COVID-19
Satu jawatankuasa khusus yang dipengerusikan oleh Naib Canselor telah dibentuk bagi memantau, merancang strategi dan menyediakan panduan untuk warga kampus dari semasa ke semasa. Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap minggu dan atas dasar keperluan untuk menyelaras inisiatif universiti menangani COVID-19.

3. Sokongan Pencegahan  
i. Membuka Kaunter Khas Khidmat COVID-19

UNIMAS menyediakan kaunter khas khidmat COVID-19 kepada staf dan pelajar termasuklah saringan kesihatan dan khidmat nasihat berkaitan COVID-19 serta kemudahan kuarantin

ii. Penyediaan Hand Sanitiser

Semua PTJ dibekalkan hand sanitiser

iii. Hari Disinfeksi UNIMAS

iv. Sokongan latihan dan kempen kesedaran

v. Menyediakan e-poster dari semasa ke semasa

4. Larangan Pergerakan Staf (Dalam dan Luar Negara)  
i. Perjalanan Ke Luar Negara

Staf UNIMAS dikehendaki membatalkan semua perjalanan bersifat rasmi atau tidak rasmi ke luar negara kecuali di atas keperluan tertentu dengan kelulusan Naib Canselor

ii. Perjalanan Dalam Negeri

Staf UNIMAS disarankan menangguhkan perjalanan dalam negeri yang bersifat rasmi atau tidak rasmi kecuali di atas keperluan tertentu dengan kelulusan Naib Canselor.

5. Kawalan Pergerakan Pelajar
Berikutan situasi pandemik semasa, pelanjutan cuti selepas cuti semester adalah dianggap sebagai cuti terkawal. Pelajar yang menginap di kolej kediaman universiti tidak dibenarkan berada di luar kampus selepas jam 5.00 petang sehingga 8.00 pagi.

Semua aktiviti rasmi yang melibatkan pergerakan pelajar ke luar negara perlu ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Perjalanan persendirian ke luar negara dan dalam negeri juga dinasihatkan untuk ditangguhkan.

6. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Cuti pertengahan Semester 2, Sesi 2019/2020 dilanjutkan sehingga 29 Mac 2020 (cuti terkawal). Sesi perkuliahan akan bermula pada 30 Mac 2020.

i. Pelaksanaan kuliah atas talian

Kuliah Pra Universiti dan Program Perubatan: Segala pembelajaran kaedah atas talian (online teaching) akan berkuatkuasa mulai 16 Mac 2020. Kuliah bagi program yang lain akan berkuatkuasa 30 Mac 2020.

Kelas yang kurang daripada 50 orang pelajar dibenarkan untuk melaksanakan kuliah secara bersemuka. Walaubagaimanapun langkah pencegahan seperti menyediakan hand sanitiser dan saringan suhu badan pelajar perlu diberi dititikberatkan.

Selain itu, pensyarah digalakkan untuk menggunakan kaedah alternatif bagi penilaian kursus.

ii. Aktiviti Pelajar

Aktiviti pelajar di luar kampus ditangguhkan / dibatalkan berkuatkuasa 16 Mac 2020. Program atau aktiviti dalam kampus yang melibatkan peserta kurang daripada 50 orang serta tidak melibatkan pihak luar perlu dibuat penilaian risiko dan diluluskan oleh Ketua PTJ yang terlibat.

7. Aktiviti Penyelidikan dan Persidangan
Semua aktiviti persidangan ditangguh sehingga tarikh baru dimaklumkan.

Keperluan kerja lapangan disarankan untuk ditangguh melainkan ada keperluan mendesak dan perlu membuat penilaian risiko dan diluluskan oleh Ketua PTJ yang terlibat.

8. Penangguhan Program dan Majlis
i.Menangguhkan sebarang program atau aktiviti anjuran UNIMAS yang melibatkan pertemuan atau perjumpaan awam (public gathering > 50 participants) bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19;
ii. Menangguhkan penglibatan warga UNIMAS ke program atau aktiviti anjuran luar yang melibatkan perhimpunan orang awam (public gathering)            
iii. Mana-mana warga UNIMAS yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan orang awam (public gathering) dan mengalami gejala diminta untuk menghubungi Pusat Kesihatan UNIMAS atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.
iv. Penganjuran program atau aktiviti yang melibatkan pertemuan atau perjumpaan awam (public gathering < 50 participants) perlu membuat penilaian risiko oleh penganjur program dan mendapatkan kelulusan ketua PTJ. Langkah-langkah pencegahan dan kebersihan diri perlu diutamakan, seperti yang disyorkan oleh Pusat Kesihatan UNIMAS dan KKM.
UNIMAS komited dalam membendung wabak ini supaya mengurangkan risiko jangkitan kepada warga UNIMAS. Semua warga kampus dipohon untuk sama-sama memberikan kerjasama dan sokongan padu terhadap arahan semasa Universiti. Selain itu, UNIMAS akan berpandukan arahan JPBNS dan KKM dari semasa ke semasa.

PROFESOR DATUK DR MOHAMAD KADIM SUAIDI

Naib Canselor

Universiti Malaysia Sarawak

16 Mac 2020

 
Attachment(s):
 
 
Demo