Events Calendar

Download as iCal file
KONTINJEN UNIMAS CEMERLANG RANGKUL EMPAT PIALA SEMPENA SUKAN ASASI MALAYSIA KE-3, UNIMAS 2020
Monday 20 January 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1842
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Futsal UNIMAS.JPG

19 Januari 2020, Kota Samarahan : Kontinjen UNIMAS beraksi cemerlang pada Sukan Asasi Malaysia Ke-3, UNIMAS 2020 yang telah berlangsung pada 16-19 Januari 2020 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak dengan merangkul empat (4) piala daripada lapan (8) sukan yang dipertandingkan. Pasukan UNIMAS telah menjadi johan bagi sukan badminton, E-Sports, karom dan futsal wanita. . Sebanyak 13 pasukan telah menyertai kejohanan ini iatu pasukan UNIMAS, UiTM, UMS, UnisZa, UM, UKM, UPM, UPNM, UIAM, UUM, UMT, USIM dan Kolej Matrikulasi Sarawak.

Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS dengan kerjasama Pusat Sukan UNIMAS telah diberi mandat untuk menganjurkan kejohanan edisi ke-3 ini.  Sebanyak lapan (8) acara sukan dipertandingkan iaitu badminton, olahraga, futsal lelaki, futsal wanita, bola jaring , sepak takraw ,karom dan E-Sports. Maklumbalas  daripada pegawai dan atlet amat positif pada penganjuran kali dari segi kemudahan sukan dan penganjuran terutama bagi sukan E-sports yang menyediakan kelengkapan pertandingan yang terkini. 

Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Rasmi kejohan telah disempurnakan oleh Prof. Dr Kamaruddin bin Kana, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Pada edisi kali ini, Kontinjen UiTM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan berdasarkan pungutan pingat. Pada majlis tersebut Universiti Malaya (UM) telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Asasi Malaysia Ke-4, 2021. Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding, pegawai, atlet , pihaak penganjur dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sehingga berjumpa lagi  pada edisi ke-4  , 2021 di Universiti Malaya (UM).

 E Sports UNIMAS

 Karom UNIMAS

Kontinjen UiTM

Uitm Juara Keseluruhan

 
Attachment(s):
 
 
Demo