Events Calendar

Download as iCal file
ISU PENYEDIAAN MAKANAN PELAJAR BAHARU SEMASA MINGGU ALUAN PELAJAR BAHARU SESI 2019/2020
Thursday 12 September 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1512
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

  1. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tampil memberi penjelasan dan memperbetulkan fakta berkaitan penularan laporan media berkenaan isu penyediaan makanan yang disediakan semasa Minggu Aluan Pelajar Baharu Sesi 2019/2020.
  1. Minggu Aluan Pelajar Baharu UNIMAS Sesi 2019/2020 bermula pada 5 hingga 8 September 2019 di DeTAR PUTRA, UNIMAS.
  1. Pada Sesi 2019/2020, seramai lebih kurang 3,700 orang pelajar baharu telah mendaftar dengan Liaison Officers yang terdiri daripada pelajar-pelajar senior UNIMAS seramai 369 orang. Jumlah pelajar yang perlu disediakan minum pagi, makan tengahari dan makan malam ialah seramai 4,069 orang.
  1. Untuk agihan makanan kepada pelajar-pelajar baharu, seramai 17 katerer telah dilantik, di mana 15 katerer yang dilantik adalah katerer dalaman UNIMAS dan dua (2) katerer adalah dari pihak luar (untuk menyediakan makanan vegetarian dan Kentucky Fried Chicken).
  1. Objektif pemilihan 17 katerer adalah untuk mempelbagaikan menu makanan, di samping memastikan kualiti dan keselamatan makanan melalui agihan penyajian di kalangan caterer dalam jumlah yang sesuai dan menyakini reputasi katerer dalaman dan luar yang dikenalpasti tahap kualiti dan keselamatan makanan.
  1. Taklimat kepada pihak katerer oleh UNIMAS telah diadakan pada 25 Julai 2019 bertujuan untuk mengenal pasti katerer yang bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penyajian semasa Minggu Aluan Pelajar, membincangkan berkaitan menu, memberikan penerangan kepada semua katerer berkaitan Garis Panduan Penyajian Makanan dan Minuman serta memberikan taklimat kualiti dan keselamatan makanan dan kaedah penyediaan holding sample.
  1. Pada 7 September 2019, jam 9.00 malam, UNIMAS telah menerima laporan berkaitan bekalan makanan sarapan pagi (pada 6 September 2019) dan makan malam (7 September 2019) yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
  1. Menu yang telah dipersetujui untuk sarapan dan juga makan tengahari pada hari berkenaan ialah:-

Sarapan Pagi (6 September 2019)

Nasi Goreng Ikan Bilis

Hirisan Telur Dadar Dalam Nasi

Hirisan Timun 2 Keping

Air Kotak Laici/ Teh Bunga 250ml

Makan Malam (7 September 2019)

Nasi Putih 300gm

Ayam Goreng Rempah

Sup Sayur Kobis

Buah Lai Kuning

Air Minuman 500ml

  1. Perbincangan dan siasatan segera telah dijalankan dengan bantuan pihak Liaison Officers dan dua katerer telah dikenal pasti berdasarkan bukti gambar yang tular serta dari maklum balas Liaison Officers.
  2. Peringatan telah dimaklumkan kepada semua katerer terhadap pematuhan garis panduan yang ditetapkan susulan penerimaan laporan berkenaan.
  1. UNIMAS telah berjumpa dengan kedua-dua syarikat berkenaan dan telah berbincang mengenai tindakan yang akan diambil terhadap syarikat berkenaan. Pihak katerer berkenaan juga telah diminta untuk mematuhi garis panduan penyediaan makanan untuk penyediaan makanan pada hari berikutnya.
  1. Berdasarkan kepada pengagihan kepada 17 katerer untuk penyediaan makanan, kedua-dua syarikat berkenaan telah diminta untuk menyediakan 335 pek makanan kepada pelajar-pelajar baharu bermula pada 5-8 September 2019.
  1. UNIMAS juga telah menyediakan makanan dari Kentucky Fried Chicken (KFC) kepada pelajar-pelajar baharu pada 7 September 2019 untuk makan tengah hari iaitu 2 ketul ayam goreng, semangkuk nasi serta air mineral dan telah diadakan setiap kali Minggu Aluan Pelajar berlangsung saban tahun semenjak 2010.
  1. UNIMAS ingin menegaskan bahawa UNIMAS tidak akan berkompromi dalam soal menjaga kualiti makanan yang disediakan kepada pelajar-pelajar UNIMAS.
  1. UNIMAS telah menjalankan aktiviti MAP sejak lebih 26 tahun yang lalu dan tidak pernah menerima apa apa aduan mengenai kualiti mahupun harga bagi bekalan makanan yang disediakan. Dengan yang demikian, jika benar sekalipun dakwaan sepertimana yang ditularkan, ini merupakan kes yang dianggap amat terpencil. Ianya bukanlah kelalaian di pihak UNIMAS sebaliknya kegagalan pihak pembekal yang dipilih untuk memenuhi kriteria dan standard yang telah ditetapkan UNIMAS.

Kenyataan oleh:

Prof Datu Mohd Fadzil Bin Abdul Rahman

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Universiti Malaysia Sarawak

 
Attachment(s):
 
 
Demo