Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Appresiasi dan Kesyukuran Peperiksaan Ikhtisas Akhir sesi 2018/2019
Tuesday 03 September 2019
Hits : 2419
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

KOTA SAMARAHAN, 29 Ogos 2019- Seramai 116 orang pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS telah diraikan dalam Majlis Appresiasi dan Kesyukuran yang merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Perubatan Unimas (KEPUMAS)

Majlis ini signifikan dengan pemberian orkid sebagai simbolik di atas kejayaan setiap pelajar perubatan yang telah lulus dalam Peperiksaan Iktisas Akhir Program Perubatan, Sesi Akademik 2018/2019 yang telah diadakan pada 18 Ogos 2019- 21 Ogos 2019 (teori) dan 26 Ogos 2019 - 28 Ogos 2019 (klinikal). Bunga orkid jenis ini telah digunakan sejak lebih 6 tahun sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan pelajar perubatan.

Cenderahati ini telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Dr. Haji Kamarudin Bin Kana kepada para pelajar berkenaan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Prof Madya Dr. Asri bin Said, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Perkhidmatan Klinikal) Prof. Dr. Mohammad Zulkarnaen bin Ahmad Narihan, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Nor Aliza binti Abdul Rahim, Timbalan Dekan (Prasiswazah) Prof Madya Dr Ehfa Binti Bujang Safawi, para staf akademik, staf sokongan serta ibu-bapa pelajar.

Sementara itu, dua anugerah khas telah disampaikan kepada pelajar perubatan yang layak semasa majlis berkenaan. Mereka adalah Dr. Yoong Chee Cheng, pemenang anugerah “UNIMAS-Gribbles Pathology Prize bagi Sesi 2015/2016” manakala Dr. Low Ren Jue, pemenang Anugerah Ortopedik Prof Zaki bagi Sesi 2018/2019.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah lulus Peperiksaan Ikhtisas Akhir sesi 2018/2019.

 
Attachment(s):
 
 
Demo