Events Calendar

Download as iCal file
MAPIM terus iktiraf penulis dan karyawan penerbitan menerusi Anugerah MAPIM KPM
Friday 05 July 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1896
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
48138686826_c02629aa87_z.jpg

Baru baru ini UNIMAS telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Majlis Anugerah MAPIM-KPM 2018. Majlis ini telah diadakan dengan jayanya di Hotel Marriot, Putrajaya pada 27 Jun 2019 yang lepas. Selaku tuan rumah, UNIMAS telah menampilkan tema budaya negeri Sarawak .

Majlis Anugerah MAPIM-KPM ini diadakan setiap tahun dengan tujuan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penerbit di Malaysia. Majlis ini merupakan majlis anugerah berprestij tertinggi peringkat kebangsaan bagi mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka dalam kalangan ahli MAPIM. Tahun ini adalah penganjuran yang ke 12 dan mengiktiraf hasil karya terbitan 2018.

Selain itu Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik. Ahlinya terdiri daripada semua penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pusat penyelidikan di Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan iaitu :

(1) Buku Ilmiah Terbaik,

(2) Buku Ilmiah Umum Terbaik,

(3) Karya Suntingan Terbaik,

(4) Editor Naskhah Terbaik,

(5) Makalah Jurnal Terbaik dan

(6) Reka Bentuk Buku Terbaik.

Bagi kategori Buku Ilmiah Terbaik, Karya Suntingan Terbaik, Makalah Jurnal Terbaik dan Editor Nashkah Buku Terbaik, setiap kategori tersebut dibahagikan kepada dua bidang iaitu (i) Sains Sosial Kemanusiaan dan (ii) Sains Teknologi Perubatan.

Pada kali ini sebanyak 126 penyertaan telah diterima keseluruhan untuk semua kategori dan ini menunjukkan usaha dalam pengkaryaan dan penerbitan buku ilmiah dan jurnal akademik tempatan ini masih amat menggalakkan dan diharapkan lebih banyak penyertaan pada masa akan datang dalam kalangan ahli MAPIM.

Pemenang Anugerah Utama menerima hadiah wang tunai, plak dan sijil; diikuti Anugerah Penghargaan menerima hadiah wang tunai, plak dan sijil manakala Hadiah Penghargaan menerima sijil dan plak. 

Selain itu, kejayaan penganjuran MAPIM KPM kali ini turut mendapat sokongan oleh UNIMAS, Sarawak Tourism Board dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis bersejarah ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching yang mewakili Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee bin Malik , Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Binti Tapsir, Naib Canselor UNIMAS YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim b Suaidi, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyampaian Anugerah Prof Madya Dr Jane Labadin serta Naib-naib Canselor universiti awam, wakil-wakil pegawai pengurusan dan profesional Universiti awam.

48138712013 5b4853e0f6 z

48138684621 c8df413ab3 z

48138777522 4a659e0ab5 z

48138839907 4f2db0e271 z

48138689941 de41841706 z

Foto: Azlandy

Coretan: Ruvi Christina

 
Attachment(s):
 
 
Demo