Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS terima bantuan zakat RM30,000.00 daripada Bank Islam
Thursday 04 July 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1456
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
bank islam prof hatta.jpeg
Selasa 2 Julai 2019: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini menyerahkan bantuan zakat asnaf berjumlah lebih RM30,000.00 kepada UNIMAS sempena Rumah Terbuka Bank Islam.
 
Cek zakat berkenaan telah diserahkan kepada YBhg Prof Dr Ahmad Hatta, Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) yang menerima sumbangan tersebut bagi pihak  UNIMAS untuk diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar dari golongan asnaf yang memerlukan.
 
Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menunaikan satu daripada rukun Islam yang kelima, iaitu membayar zakat perniagaan, Bank Islam setiap tahun akan menunaikan tanggungjawab tersebut kepada sebahagian daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Dengan cara ini, Bank Islam berharap akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar asnaf. Sumbangan ini diharapkan dapat menerapkan semangat saling bantu-membantu seterusnya mewujudkan nilai-nilai murni dan amal sihat masyarakat penyayang.

 

bank islam prof hatta

 
Attachment(s):
 
 
Demo