Events Calendar

Download as iCal file
Ngabang Raya UNIMAS 2019 platform erat silaturahim
Tuesday 02 July 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1796
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ngabang2.jpeg

Ngabang1

KOTA SAMARAHAN, 2 Julai 2019: Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2019 yang bertemakan ‘Rindoknya berambeh di taman’ telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS, pagi tadi.

Turut hadir dalam majlis Ngabang Raya UNIMAS ini ialah Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang serta isteri, Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi serta isteri, barisan LPU, Dekan-dekan, warga UNIMAS serta orang luar.

Sebanyak enam belas rumah atau ruai dibina hasil kreativiti staf-staf Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) dan Fakulti-fakulti yang terdapat di Universiti ini besertakan penyediaan bermacam jenis hidangan menarik kepada para pengunjung.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya menyatakan rasa bangga dengan penganjuran majlis berkenaan yang disifatkannya sebagai platform untuk warga UNIMAS merasai pengalaman beraya dengan pelbagai etnik dan budaya yang terdapat di negeri ini.

“ Saya berharap dalam kemeriahan sambutan pada pagi ini, semua warga universiti mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturahim agar semangat kekeluargaan dan perpaduanUNIMAS sentiasa terpelihara selari dengan keharmonian negeri Sarawak yang kita nikmati selama ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Kita harus bersyukur atas segala rahmat dan nikmat yang kita perolehi kerana dapat bersama-sama meraikan gabungan perayaan dalam keadaan yang aman dan damai tanpa mengira latar belakang dan keturunan masing-masing. Saya menyeru agar sikap saling hormat-menghormati dapat diterjemahkan dalam konteks budaya kerja di UNIMAS,” sambungnya lagi.

Dalam majlis tersebut turut diadakan pertandingan Glamshoot Gawai Raya, pertandingan kumang dan keling, pertandingan raja songket dan ratu songket dan pertandingan teratak ruai paling manah.

Pertandingan Glamshoot Gawai Raya 2019 dimenangi oleh Research Innovation and Enterprise Centre (RIEC), tempat kedua oleh FSTS dan tempat ketiga FSKPM.

Manakala pertandingan teratak ruai paling manah 2019 telah dimenangi oleh CAIS/PKMA, tempat kedua disandang oleh FSTS/IBEC dan tempat ketiga disandang oleh Pejabat Pembangunan.

Gelaran raja songket telah disandang oleh Mohd Hambali Tumiran, tempat kedua dimenangi oleh Kazrol bin Malien dan tempat ketiga oleh Mohammad Faris bin Ruhul Amin Khan manakala ratu songket pula dimenangi oleh Nursiah binti Abolhi, tempat kedua, Dr Remmy anak Gedat dan tempat ketiga dimenangi oleh Sukiah binti Marais.

Bagi pertandingan keling pula telah dimenangi oleh Damien Mikeng, tempat kedua, Mohd Amin bin Mohd Ismail dan tempat ketiga, Encik Azhari Adam bin Abdullah manakala pertandingan kumang dimenangi oleh Aileen Anne Jinggong, tempat kedua, Erlinda Mikal dan tempat ketiga, Veronica anak Rantis.

 
Attachment(s):
 
 
Demo