Events Calendar

Download as iCal file
Read@UNIMAS, program galakan membaca buat warga Universiti
Tuesday 02 July 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1988
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2019-07-02 at 13.55.12.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 2 Julai 2019 : Program Read@UNIMAS telah berjaya disempurnakan pelancarannya oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie pada pagi tadi bertempat di DETAR Putra, UNIMAS.

Program Read@UNIMAS Peringkat Universiti Malaysia Sarawak dengan slogan “Enhance Your Knowledge” merupakan satu program yang melibatkan seluruh warga UNIMAS dan juga masyarakat setempat terutamanya sekolah rendah dan menengah serta pelajar pendidikan khas.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya berharap agar program-Read@UNIMAS dilaksana dan ditingkatkan bukan sahaja di PKMA tetapi juga oleh semua pusat tanggung jawab bagi membentuk budaya ilmu dalam masyarakat di Universiti ini.

Katanya, ia bagi menyemarakkan minat membaca supaya menjadi satu amalan yang bakal diperpanjangkan oleh pelajar-pelajar hingga mereka keluar dan mendapat pekerjaan kelak.

“ Harapan saya juga semoga program seperti ini akan terus mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua warga UNIMAS. Dengan Slogan "With Knowledge We Lead" saya yakin UNIMAS akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan dalam kalangan kumpulan sasaran serta membantu meningkatkan lagi budaya membaca dikalangan masyarakat Malaysia menjelang 2030,” sambung beliau.

Sementara itu, turut diadakan ialah penyampaian hadiah kepada pemenang menulis esei Sapa Champion Juh Nulis Esei 2019’ yang telah diadakan sejak 12 Mac 2019 sehingga 15 Jun 2019 lepas.

Tempat pertama pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Cik Fallisca Evon Anak Berek, tempat kedua, Encik Muhammad Syazani Bin Suhaimi dan tempat ketiga dimenangi oleh  Haji Valentino Abu Bakar.

 
Attachment(s):
 
 
Demo