Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS sertai SCaT Fair 2019
Monday 18 March 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1406
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Scat1.jpg

 

Scat2Scat3

Scat4Scat5

Scat6Scat7

KOTA SAMARAHAN, 18 Mac 2019 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak melepaskan peluang menghantar pasukan terdiri dari kakitangan akademik dan bukan akademik untuk bergabung menjayakan pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2019 yang diadakan selama dua hari bermula dari 15 hingga 17 Mac lepas.

 

ScaT Fair 2019 merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching  (BCCK).

 

Selain UNIMAS, turut menyertai ScaT Fair 2019 ialah para pempamer dari pelbagai syarikat, institusi pegajian tinggi awam dan swasta, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Sarawak dan jabatan serta agensi kerajaan lain.

 

Bertemakan ‘Knowledge Inspires Creativity’, SCaT Fair 2019 ini dilihat sebagai platform kepada pelajar lepasan sekolah dan ibu bapa untuk meninjau-ninjau peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi dan peluang pekerjaan sebanyak 2,600 yang ditawarkan sepanjang pameran ini berlangsung.

 

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang pameran berlangsung seperti pameran, seminar dan ceramah mengenai keusahawanan, kebolehpasaran, digital ekonomi, Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), forum bersama belia serta STEM Playground dan Go4TVET.

 
Attachment(s):
 
 
Demo