Events Calendar

Download as iCal file
Kesedaran tentang keselamatan siber dalam Asasi Back to Community
From Thursday 07 March 2019 -  08:00am
To Thursday 14 March 2019 - 05:00pm
Hits : 1009
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
asian5.jpg

asian2asian3

asian4

KOTA SAMARAHAN: Kampung Empila, Kota Samarahan, menjadi antara enam lokasi terpilih bagi program kemasyarakatan bersama komuniti yang dijalankan oleh kumpulan pelajar dari Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi tahun 2019 untuk kursus PRS1032 Nilai-nilai Sejagat.

Antara objektif umum program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar menjadikan aktiviti kemasyarakatan sebagai salah satu platform bersama dan berbakti kepada masyarakat.

Menerusi program ini juga para pelajar boleh didedahkan mengenai corak kehidupan komuniti setempat di samping dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dengan warga kampung terlibat. Melalui program ini juga, para pelajar dapat melakukan aktiviti-aktiviti amal dalam masyarakat seiring keperluan kursus yang diikuti dan saranan semasa universiti berkaitan pembentukan dan pembangunan pelajar yang lebih bersifat holistik.

Program yang bertemakan kesedaran keselamatan siber ini diketuai oleh pelajar Winnona Jane Jesnik dan diikuti oleh seramai 120 orang pelajar yang lain serta diselia oleh beberapa orang pensyarah yang diketuai oleh Encik Adrus Mohamad Tazuddin. Kandungan program meliputi gerai pameran, kaji selidik dan permainan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat setempat daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Penganjuran dan pembabitan program ini samada dari pihak PPPU, UNIMAS dan Kampung Empila adalah bertujuan memberi dan meningkatkan kesedaran bersama terhadap keselamatan siber. Perkara ini sangat bermakna kerana dalam era kehidupan sekarang yang rata-rata masyarakat lebih kerap memilih untuk melakukan aktiviti seharian dengan menggunakan kemudahan siber termasuk tempahan, pemindahan, hebahan yang melibatkan kewangan, kenderaan, makanan, komunikasi dan sebagainya.

Dalam pada pemilihan untuk menggunakan atau melibatkan kemudahan siber dalam aktiviti seharian, pastinya risiko dan pendedahan ancaman akan berlaku kepada pengguna samada dalam bentuk penipuan dan kesalahan. Tidak kira peringkat latar belakang, ancaman dan waspada keselamatan siber harus dititikberatkan bersama. Justeru, penganjuran program seumpama ini sedikit sebanyak dapat memberi makluman awal kepada kumpulan baru dan juga meningkatkan kepentingan kesedaran kepada kumpulan sedia ada.

Rata-rata penggunaan kemudahan siber yang memerlukan penekanan dalam kempen pemberitahuan, hebahan dan kesedaran ini termasuklah beberapa medium seperti scam and phishing (penipuan atas talian yang melibatkan pemindahan kewangan, harta benda dan dokumen), e-hailing (kemudahan tempahan Grab dan Uber), fake news (hebahan, perkongsian dan komentar maklumat palsu, berita palsu dan fitnah) dan cashless transaction (pemindahan kewangan untuk perbankan, kenderaan, perumahan, barangan, dan tempahan makanan dan minuman).

Justeru, kumpulan sasar yang dilihat bermanfaat daripada penganjuran program ini tentulah komuniti setempat yang walaupun bukan secara majoriti menggunakan kemudahan siber ini, namun, mereka juga terdedah dan berisiko secara dasarnya. Hal yang demikian, dapat menjelaskan tentang signifikan penganjuran program yang dikendalikan kumpulan pelajar ini bersama komuniti Kampung Empila yang boleh dianggap sebagai dalam jajaran yang perlu menerima input dari kampus.

 
Attachment(s):
 
 
Demo