Events Calendar

Download as iCal file
‘Community Outreach PPPU’ di Kampung Pasir Panjang, Kuching
Thursday 07 March 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2326
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
gotong7.jpg

gotong1gotong2

gotong4gotong5

gotong6gotong8

 

KOTA SAMARAHAN : Seramai 120 orang pelajar disertai bersama oleh beberapa orang fasilitator dari Pusat Pengajian Pra Universiti UNIMAS (PPPU) telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan di Kampung Pasir Panjang, Kuching baru-baru ini.

Aktiviti ini dikenali sebagai ‘Community Outreach’  merupakan sebahagian daripada aktiviti yang terkandung dalam kursus PRS 1032 Nilai -Nilai sejagat dengan objektif utama adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar di samping memberi pendedahan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan luar kampus.

Aktiviti tersebut bermula pada jam 8 pagi dengan pelajar dan fasilitator bertolak dari UNIMAS dan ketibaan rombongan ini telah disambut mesra oleh penduduk Kampung Pasir Panjang.

Sebelum aktiviti bermula satu taklimat ringkas daripada ketua fasilitator Encik Mohamad Razif Othman telah diadakan untuk menerangkan perjalanan program pada hari tersebut.

Pengisian aktiviti dilakukan dengan membahagi pelajar kepada lapan kumpulan kecil iaitu melakukan gotong royong di tigas lokasi yang telah ditentukan iaitu di kawasan surau (Surau Darul Salihin), kawasan padang permainan dan kawasan pantai Pasir Panjang.

Dua kumpulan kecil iaitu kumpulan generik 1 dan kumpulan generik 6 telah dipertangggungjawabkan untuk membersihkan kawasan surau,kumpulan generik 4 dan 5 membersihkan kawasan padang permainan manakala kumpulan generik 4,5,7 dan 8 telah membersihkan kawasan pantai.

Aktiviti tersebut bertambah meriah dengan kerjasama penduduk kampung yang juga turut sama membantu dalam aktiviti gotong royong tersebut yang berakhir kira-kira jam 12 tengahari.

Selepas makan tengahari dan solat zuhur, program diteruskan dengan aktiviti sukaneka yang turut melibatkan penyertaan anak-anak penduduk kampung dan upacara penutupan program yang telah disempurnakan oleh wakil ketua Kampung Pasir Panjang merangkap Pengerusi Surau Darul Salihin, Encik Abu Samah.

 
Attachment(s):
 
 
Demo