Events Calendar

Download as iCal file
Enam anggota pasukan polis bantuan UNIMAS tamat kursus latihan
Monday 21 January 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4355
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
polis1.png

polis3polis2

KOTA SAMARAHAN, 18 Januari 2019: Seramai enam anggota keselamatan UNIMAS telah berjaya menamatkan Kursus Latihan Asas Polis Bantuan Siri 2/2018 yang telah diadakan selama dua bulan bermula 18 Januari lepas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuching.

Mereka merupakan anggota kumpulan yang ke-empat dihantar mengikuti latihan ini sejak tahun 2015.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 2/2018 dijalankan di Dataran Kawad, Blok Pentadbiran PULAPOL Kuching yang telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak, YDH SAC Haji Mohamad Yusof Bin Sa’ee.

Hadir bersama pada majlis tersebut adalah ACP Ibrahim Bin Naihat, Timbalan Ketua (Operasi) JPJKK, IPK Sarawak Dan Supt Munsang Anak Sabai, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuching.

Pada majlis tersebut, dua anggota pasukan polis bantuan UNIMAS, Sjn PB Lenon Anak Uming, 32, telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan dan L.Kpl PB Muhammad Farhan Bin Drahman, 29 dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik.

Dalm tempoh kursus, para anggota telah didedahkan dengan dengan pelbagai aspek latihan yang merangkumi kawad, aktiviti fizikal yang menjadi asas pembentukan disiplin dan turut diterapkan ilmu pengetahuan undang-undang yang berkaitan seperti Akta Polis (AKTA 344).

Kewujudan Polis Bantuan UNIMAS telah mendapat kelulusan penubuhannya pada 18 Mei 2015 dan telah mendapat sokongan penuh daripada Pihak Pengurusan Tertinggi UNIMAS dan berjaya memainkan peranan masing-masing sejajar dengan objektif penubuhannya dalam membantu kawalan keselamatan di universiti.

Kerjasama yang sedia terjalin antara pasukan Polis Di Raja Malaysia dan Polis Bantuan boleh menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan bagi memberikan perkhidmatan dan keberkesanan tugas.

Pelantikan Polis Bantuan yang dibuat mengikut Seksyen 50 Akta Polis 1967 itu menetapkan peraturan tertentu dan para anggotanya perlu menjalankan tugas mengikut kuasa yang ditetapkan. Polis Bantuan juga perlu menjadi 'mata dan telinga' polis dengan bekerjasama menyampaikan maklumat berkaitan kes jenayah.

Dengan adanya latihan ini, pihak UNIMAS yakin bahawa anggota pasukan Polis Bantuan UNIMAS dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam tugas kepolisan dan seterusnya dapat mengawal keadaan keselamatan dalam kampus dengan lebih efektif dan berkesan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo