Events Calendar

Download as iCal file
Anak Kelahiran Sarikei tidak menjangka menerima Anugerah Pelajaran DiRaja
Thursday 08 November 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1977
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
konvo18_194_20181029__LAN8820.jpg

Fahizan Mahmud,23, merupakan anak jati Sarawak yang berasal dari Sarikei tidak menjangka mendapat anugerah Pelajaran Di Raja kerana dia hanya memberikan yang terbaik dalam semua perkara yang dilakukannya lebih-lebih lagi bila melanjutkan pelajaran di UNIMAS. Graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah aktif dalam kegiatan luar. Fahizan yang berjaya bergraduat dengan CGPA 3.89 juga pernah menerima Anugerah Pingat Emas daripada Institute of Engineers Malaysia (IEM). Ketika ditemurah, Fahizan tekad untuk berjaya dengan cemerlang dengan harapan masa depan akan lebih terjamin selain memberikan kegembiraan kepada ibunya yang merupakan suri rumah manakala bapanya adalah pesara polis yang telah meninggal dunia ketika Fahizan masih beumur 13 tahun. Ibunya merupakan pendorong utama kepada kejayaannya selain daripada sokongan adik-beradiknya yang lain dan rakan-rakan.

konvo18 196 20181029 LAN8827

Fahizan (tengah) berdiri di antara Kong En Yie ( dua dari kanan) juga penerima Anugerah Pelajaran DiRaja dan Aqilah binti Yusoff (dua dari kiri) penerima Anugerah Pro Canselor tersenyum sambil memandang Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS YBhg Tan Seri Datuk Panglima Sulong Bin Matjeraie (kiri) dan Naib Canselor UNIMAS YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi.

 

Foto disediakan: Azlandy 

 
Attachment(s):
 
 
Demo