Events Calendar

Download as iCal file
Naib Canselor : Ngabang Raya kesempatan terbaik eratkan ukhuwah
From Thursday 05 July 2018
To Friday 06 July 2018
Hits : 1717
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
raya1.jpg

raya5raya4raya2raya3

 KOTA SAMARAHAN,5 Julai 2018: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telahi mengadakan Majlis Ngabang Raya bertempat di Dewan Bankuet, DeTAR PUTRA, UNIMAS pagi tadi.

Hadir memeriahkan Ngabang Raya UNIMAS ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi mewakili warga UNIMAS meluahkan rasa berbesar hati atas kehadiran TYT dan Toh Puan dalam majlis ngabang raya kali ini.

UNIMAS amat bertuah pada hari ini kerana Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan sudi bersama dalam meraikan Majlis Retro Ngabang Raya pada tahun ini. Kesudian Tuan Yang Terutama Tun untuk hadir pada hari ini, sesungguhnya amat bermakna buat seluruh warga Universiti,” katanya.

Menurut Naib Canselor, Ngabang Raya merupakan acara universiti yang diadakan bagi meraikan sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri dimana pada tahun ini, tema sambutan majlis tersebut adalah.

Beliau berkata, tema ini dipilih bagi memberi ruang kepada semua warga UNIMAS merasai dengan dekat pengalaman beraya di Sarawak.

Naib Canselor berkata, majlis itu juga merupakan satu kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan seterusnya mengukuhkan kerjasama sesama kita.

“ Oleh itu, marilah kita memanfaatkan hari perayaan sebegini untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan yang telah dingin dan retak sesama kita. Bak kata pepatah ‘Buang yang keruh ambillah yang jernih’,” sambungnya.

Sementara itu, sebanyak enam belas kediaman dibuka oleh Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) dan Fakulti-fakulti UNIMAS beserta hidangan menarik disajikan kepada para pengunjung.

Aktiviti lain yang diadakan dalam Ngabang Raya UNIMAS kali ini ialah pertandingan Kumang UNIMAS 2018, Keling UNIMAS 2018, Raja Songket UNIMAS 2018, Ratu Keringkam UNIMAS 2018, Teratak manah dan Glam Ngabang Raya 2018.

Turut hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri hari ini ialah Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, barisan LPU, Dekan-dekan, warga UNIMAS serta orang luar.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo