Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS anjur Majlis Berbuka Puasa Perdana 2018
Monday 28 May 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2732
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
solat1.jpg

solat2solat3

40580449160 d4624e7c26 osolat5

KOTA SAMARAHAN, 28 Mei 2018 : Lebih 600 orang telah mengimarahkan Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2018 serta solat Maghrib, Isya dan Tarawih berjemaah bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS, malam tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri, YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Ahli-ahli LPU, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan dan Kaum dari Kuching dan Samarahan serta kakitangan dan pelajar UNIMAS.

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor berkata UNIMAS amat bertuah kerana majlis malam tadi telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun serta keluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Naib Canselor turut mengingatkan tentang konsep ibadah dalam pekerjaan di mana menurutnya bagi kakitangan Universiti ini, tugas menyebarkan ilmu itu adalah ibadah.

“ Mengurus para pelajar juga ibadah malah tugas paling besar kita di UNIMAS ini bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada mahasiswa, tetapi turut membentuk generasi muda berakhlak mulia bagi mewarisi amanah yang kita galas ini sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

“ Sehubungan itu, saya percaya penganjuran majlis seperti ini akan dapat memupuk semangat persaudaraan dan keserakanan, yang akhirnya berupaya membentuk semangat TEGUH BERSAMA dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita di UNIMAS,” sambungnya lagi.

Dalam majlis tersebut telah diadakan penyerahan sumbangan kepada satu ratus orang pelajar dari lima buah pusat Maahad Tahfiz sekitar Samarahan terdiri dari Madrasah Darul Uloom, Samarahan, Madrasah Darul Uloon, Falah-e-Derain, BDC, Madrasatul Quran Tan Sri Marzuki Seri Abadi, Pusat Pengajian Tafaqquh Fiddin & Tahfiz Al-Makki dan Sekolah Tahfiz Ar-Razi.

Sumbangan juga diserahkan kepada 25 buah keluarga Asnaf dari lima buah kampung di Samarahan iaitu Kampung Muara Tuang, Kampung Sindang, Kampung Melayu, Kampung Tanjung Tuang dan Kampung Niup.

Majlis malam tadi turut menyaksikan sumbangan makanan dari pihak MCDonalds untuk sesi moreh selepas solat tarawih kepada para jemaah.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam kalangan warga UNIMAS serta masyarakat sekitar sekaligus membuka peluang untuk warga UNIMAS berbuka puasa bersama-sama pada bulan Ramadan ini.

Selain daripada itu pelbagai pihak di UNIMAS seperti Persatuan Pengurus UNIMAS, Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA), KESAUMAS dan juga PITAS telah melaksanakan program seperti Ziarah Ambang Ramadan, UNIMAS Gives Back serta Penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf terutama kepada keluarga atau masyarakat di sekitar Kota Samarahan ini.


Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo