Events Calendar

Download as iCal file
CSR di SMK Sg Tapang
From Thursday 26 April 2018 -  10:00am
To Monday 14 May 2018 - 05:00pm
Hits : 1696
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CSR.jpg

KUCHING, 25 April 2018. Seramai 33 orang pelajar Sarjana Sains, Pembangunan Sumber Manusia (MSc HRD), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Sungai Tapang, Kuching, Sarawak telah mengadakan program ‘Corporate Social Responsibilty’ (CSR) di SMK Sungai Tapang baru-baru ini.

Pengarah program, Saudara Shahrizul Amizan Bin Sahari berkata, program CSR ini dirangka bagi mempromosikan UNIMAS kepada pelajar-pelajar SMK Sungai Tapang supaya mereka berminat dan berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi mereka di Universiti ini.

Beliau berkata, selain memupuk ikatan silaturahim, program tersebut juga bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab dalam memupuk budaya prihatin dalam kalangan pelajar FSKPM.

Antara aktiviti yang diadakan seperti penanaman pokok bunga sebagai simbolik kepada program CSR yang dianjurkan, bengkel motivasi kepada para pelajar tingkatan 5 dan aktiviti keceriaan.

Shahrizul juga berharap agar program tersebut dapat memberikan kesan positif kepada para pelajar dan guru-guru melalui program CSR yang dijalankan. Di samping itu, aktiviti keceriaan diharapkan dapat menambah keceriaan kawasan SMK Sungai Tapang.

Majlis penutup dan penghargaan program tersebut disempurnakan oleh Dekan FSPKM, Dr. Surena binti Sabil.

 
Attachment(s):
 
 
Demo