Events Calendar

Download as iCal file
Teguh Bersama: UNIMAS sampaikan anugerah kepada staf dalam MAGU
From Tuesday 10 April 2018 -  03:00pm
To Thursday 12 April 2018 - 05:00pm
Hits : 2486
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
magu1.jpg

MAGU2MAGU3

MAGU5MAGU6

MAGU7MAGU8

KOTA SAMARAHAN, 10 April 2018 : Seramai 167 staf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun lepas, telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pada Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU), bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS, pagi tadi.

Turut disampaikan dalam majlis tersebut ialah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) 2017 kepada 70 orang staf UNIMAS yang telah berkhidmat selama 20 tahun dan penyampaian sijil penghargaan persaraan kepada 17 orang staf UNIMAS.

Dua belas pensyarah turut dianugerahkan Anugerah Akademik berdasarkan kategori yang dipertandingkan manakala 9 anugerah pengurusan dianugerahkan kepada staf bukan akademik. Selain itu 4 anugerah sukan turut diberikan kepada staf yang cemerlang dalam bidang sukan.

Penghargaan turut diberikan kepada staf secara individu mahupun berkumpulan yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang antaranya di peringkat kebangsaan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, pentadbiran serta aspek inovasi, sukan dan sebagainya.

Perasmian MAGU yang bertemakan Teguh Bersama / Stronger Together kali ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching dan turut dihadiri bersama oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pegarah-pengarah, Dekan-dekan, Pegawai-pegawai dan kakitangan UNIMAS.

Dalam MAGU kali ini turut menyampaikan Anugerah Webometrics yang telah diserahkan kepada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (akademik) manakala Pusat Khidmat Maklumat Akademik dianugerahkan Anugerah Webometrics (bukan akademik).

Manakala bagi Anugerah Inovasi ICT Pengurusan diserahkan kepada Integrated Research Information System (iRIS7).

UNIMAS turut melancarkan Sistem MEDIPLUS yang telah digunakan oleh Pusat Kesihatan UNIMAS dan QR Pay dengan kerjasama Maybank yang menjadikan UNIMAS sebagai universiti pertama di Sarawak menerima bayaran tanpa tunai.

Dalam pada itu, Pengarah Institut Informatik Sosial dan Teknologi Inovasi yang juga Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UNIMAS, Profesor Dr Narayanan a/l N. Kulathu Ramaiyer telah dianugerahkan Tokoh Akademik UNIMAS atas kejayaan beliau dalam menerajui geran-geran penyelidikan sebagai Penyelidik Utama dengan lapan (8) geran kebangsaan, dua (2) geran antarabangsa dan dua (2) geran Universiti (Top Down). Beliau turut aktif dalam penerbitan artikel dalam jurnal berimpak, berindeks, berwasit termasuk bab dalam buku, penerbitan buku dan artikel dalam lain-lain penerbitan, menyumbang dan terlibat dalam persidangan kebangsaan dan antarabangsa, penghasilan modal insan serta merekodkan tiga (3) pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan.

Profesor Dr Narayanan menyumbang dalam menaikkan imej UNIMAS melalui projek-projek penyelidikan beliau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah dianugerahkan sebagai “The Third ASEAN Leadership Award on Rural Development and Poverty Eradication, e-Bario” oleh “Ministry of Rural and Regional Development (ASEAN) & Secretary General”, Gold Medal, International Innovation Awards, Sydney, e-Bario” oleh Commonwealth Association of Public Administration and Management (CAPAM)”, “Gold Medal & Special Award for Information Solution, Intelligent, Image Finder, Geneva” oleh “Swiss Government”, Prime Minister’s Award, e-Bario” oleh MAMPU, “Premier ICT Award” oleh “Prime Minister of Malaysia”, “eAsia Award” oleh “Asia Pacific Council for Trade Facilitation and Electronic Business Taipei” dan “Mandialogo Engineering Award” oleh UNESCO and Daimler-Chrysler dengan kerjasama ASEAN, Cambridge University, UK.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo