Events Calendar

Download as iCal file
KPTN Zon Sarawak Berjaya Tarik 48851 pengunjung
Monday 09 April 2018
Hits : 1188
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
karnival-pendidikan-tinggi-negara-zon-sarawak-web1.jpg

Petra Jaya, 7 April 2018 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi telah menjadi tuan rumah untuk Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) bagi Zon Sarawak iaitu Zon terakhir penganjuran KPTN selama dua hari bermula 7 hingga 8 April 2018 bertempat di MYDIN Petra Jaya, Kuching. Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin anak Jawong dan turut turun ke padang melihat ‘signature programme’ KPT di zon Sarawak ialah Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Kamel Mohamad, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah UNIMAS lain dan pegawai-pegawai KPT yang turut hadir.

KPTN Zon Sarawak kali ini telah menarik 48,851 pengunjung dari pelbagai latar belakang berkunjung ke 100 reruai yang terlibat termasuklah ruai UNIMAS. Jumlah pengunjung ini merupakan kedua tertinggi bagi penganjuran KPTN 2018 seluruh Malaysia.

Artikel disediakan oleh: Archristina

Foto oleh: Azlandy

karnival pendidikan tinggi negaraweb3

karnival pendidikan tinggi negara zon sarawak web2

karnival pendidikan tinggi negara zon sarawak

 
Attachment(s):
 
 
Demo