Events Calendar

Download as iCal file
Outreach Komuniti di Nanga Jagau tingkat kesedaran penjagaan kesihatan
Tuesday 06 March 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3308
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nanga9.jpg

Nanga3Nanga1Nanga4Nanga2Nanga5Nanga6

  

Nanga7Nanga8

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac 2018 : Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-25 UNIMAS, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UNIMAS, telah mengadakan program Outreach Komuniti di Nanga Jagau, Kanowit selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Mac 2018 di Dewan Masyarakat Temenggong Masam.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan kepada penduduk setempat serta menjalinkan kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan dan rakan rakan industri dalam pendidikan dan pengajaran bidang perubatan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyuntik semangat dan memberi inspirasi dalam kalangan kanak-kanak SK Nanga Jagau untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi seperti di UNIMAS.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah saringan kesihatan secara percuma untuk pemeriksaan tekanan darah, Body Mass Index (BMI), pemeriksaan saringan ulser perut (Oesophagogastroduodenoscopy), ultrasound, pemeriksaan jantung (echocardiogram) dan rawatan fisioterapi.

Ketua Masyarakat Ngemah Hulu, Penghulu Juni anak Masam  amat berterima kasih kepada UNIMAS kerana mengadakan program sebegini secara percuma untuk memberi pendedahan mengenai penjagaan kesihatan.

Beliau memberitahu kehadiran kumpulan FPSK dari UNIMAS sememangnya ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung kerana mereka mahukan rawatan kesihatan dan maklumat-maklumat kesihatan lain.

Seramai 74 orang penghuni di sekitar Nanga Jagau telah menghadiri program ini dan UNIMAS telah mengenalpasti beberapa kes yang perlu dirujuk ke klinik kesihatan dan juga hospital berdekatan.

Antara yang turut turun ke padang semasa program ini ialah pakar-pakar dan doktor-doktor antaranya pakar bedah otak, pakar jantung, pakar patologi, pakar bedah plastik, pakar bedah kolorektal dan pakar rehabilitasi.

Turut diadakan pengagihan sebanyak 47 pasang kacamata kepada penduduk dan program bersama 51 orang kanak-kanak dari SK Nanga Jagau yang padat dengan maklumat pendidikan kesihatan untuk mereka.

 untuk mereka.

Selain FPSK UNIMAS, rakan-rakan yang telah bersama dalam program Outreach Komuniti ini ialah Academy for Silent Mentor (AFSM), Hope Worldwide, UMMI Surgical, GE Healthcare dan MedicWorld.

 
Attachment(s):
 
 
Demo