Events Calendar

Download as iCal file
Hari bersejarah buat tiga adik beradik
From Monday 06 November 2017 -  08:00pm
To Friday 10 November 2017 - 05:00pm
Hits : 1743
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
adik beradik konvo.jpg

Kota Samarahan, 6 November 2017:  Tiga adik beradik bergraduasi bersama pada sidang pertama Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-21 yang bermula hari ini di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS.

Siti Asma’ bt Kram, 35, bersama-sama dengan dua adik lelakinya, Mohd Shukri bin Kram, 34 dan Abu Bakar bin Kram, 28, menerima ijazah Sarjana yang telah disampaikan oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Ketiga-tiga adik beradik ini merupakan graduan dari program Sarjana Sains Pembelajaran (Msc.learning science) dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM).

Sementara itu, sidang pertama menyaksikan penyerahan Ijazah Doktor Falsafah kepada 68 orang, Ijazah Sarjana (376 orang) dan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS dalam program linguistik seramai 48 orang.

Artikel dan foto oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo