Events Calendar

Download as iCal file
Graduan cacat penglihatan bukti mampu genggam ijazah
Thursday 09 November 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 6029
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
TYCO9521.JPG

KOTA SAMARAHAN, 9 November 2017 : Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-21 kali ini melahirkan seorang graduan istimewa yang cacat penglihatan dalam program Pengurusan Korporat, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan iaitu Cik Teo Suat Nei.

Teo Suat Nei, yang cacat penglihatan secara tiba-tiba sejak berusia 5 tahun membuktikan golongan istimewa seperti beliau boleh mengenggam segulung ijazah meskipun pada mulanya ibubapa beliau agak khuatir untuk melepaskannya meneruskan pengajian jauh dari mereka.

Berasal dari Johor, anak tunggal perempuan dari tiga adik beradik ini ternyata bersemangat waja untuk membuktikan kemampuan diri dalam pelajaran sehingga menidakkan kekurangan yang ada pada diri.

Ternyata, semangat dan iltizam yang dipegang selama ini membuahkan hasil apabila hari ini beliau seperti graduan-graduan lain yang dikurniakan dengan fizikal yang normal, berdiri sebaris di atas pentas untuk mendapatkan ijazah yang telah diserahkan oleh Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Kejayaan beliau ini turut dikongsi bersama dengan ibubapanya, Encik Teo Chin Heng, 54, dan Puan Lee Meng Choo, 53, dua insan yang tidak pernah putus untuk menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya.

Teo Suat Nei, yang ditemui selepas menerima ijazah sarjana muda pagi tadi memberitahu kejayaan beliau adalah hasil dari sokongan moral yang tinggi dari keluarga, kawan-kawan dan tenaga pengajar di Universiti ini.

“ Pada mulanya memang agak sukar tetapi lama kelamaan, saya mendapat ramai kawan serta pensyarah yang baik hati membantu dalam pelajaran. Saya langsung tidak merasa kekurangan malah merasa beruntung dapat belajar di UNIMAS.

Menurut beliau, sewaktu pengajian, beliau menggunakan perisian khas yang dimuatkan di dalam komputer riba beliau sama ada untuk membuat tugasan dan sebagainya.

Beliau yang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah berazam untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi selepas ini.

“ Golongan OKU seperti saya perlu ada ilmu untuk meningkatkan kehidupan, tidak kira apa beza dan kekurangan yang ada cuma apa yang penting usaha perlu digandakan lebih dari insan normal lain,” katanya lagi.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo