Events Calendar

Download as iCal file
Graduan kedoktoran termuda di UNIMAS
Wednesday 08 November 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3476
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
phd muda.jpg

KOTA SAMARAHAN, 6 November 2017 : Satu sejarah tercipta di dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-21 kali ini apabila Universiti ini berjaya melahirkan graduan termuda dalam Sarjana Kedoktoran Jurusan Falsafah Kimia Organik, hari ini.

Ainaa Nadiah binti Abd Halim, berusia 25 tahun dan berasal dari Selangor telah lulus ‘ Viva Voce’ pada Januari lepas dalam Jurusan Doktor Falsafah Kimia Organik dengan tajuk kajian “Sintesis dan Pencirian Terbitan Bis(Tiourea) dan Kajian Sifat Biologi”.

Beliau telah menerima ijazah kedoktoran hari ini bersempena dengan Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-21 yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud.

Setelah menamatkan program matrikulasi beliau di Kolej Matrikulasi di Kedah, Ainaa meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sains dalam jurusan kimia sumber di UNIMAS

Sejak di peringkat Ijazah Sarjana Muda lagi, Ainaa telah menyerlah dari segi akademik apabila memenangi Anugerah Analisis Tesis Terbaik 2012/2013 dalam katagori Ijazah Sarjana Muda daripada Persatuan Sains Analisis Malaysia dan terpilih menerima Anugerah Dekan sebanyak  tiga kali sepanjang pengajian beliau di Universiti ini.

Anak kedua kepada pasangan suami-isteri, Abd Halim Othman dan Puan Maryam Arshad ini turut menyerlah dalam bidang ko-kurikulum apabila pernah dianugerahkan sebagai Kadet Wanita Terbaik PALAPES UNIMAS pada tahun 2013.

Ainaa meneruskan pengajian peringkat Sarjana pada tahun 2013 dan telah ditawarkan penukaran mode pengajian Sarjana ke peringkat Sarjana Kedoktoran pada semester kedua sesi 2014/2015 pada tahun 2015 dan merupakan pelajar pertama di UNIMAS yang berjaya mendapat kelulusan penukaran mode pengajian dari Sarjana ke Sarjana Kedoktoran atas faktor kejayaan Ainaa menghasilkan kajian yang telah dipatenkan, penerbitan beberapa jurnal serta penglibatan dalam ekspo kajian dan penyelidikan.

Bagi Ainaa antara penyumbang kejayaan selain dari keluarga tercinta dan rakan-rakan adalah Penyelia Projek tahun akhir, Profesor Madya Dr Zainab sewaktu di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencalonkan tesis Ainaa dalam Anugerah Thesis Analisis Terbaik 2012/2013 dimana Ainaa telah memenangi Anugerah dari Persatuan Sains Analisis Malaysia.

Beliau jugalah yang mendorong Ainaa untuk memperkembangkan lagi penyelidikan di peringkat lebih tinggi dan bagi Profesor  Madya Dr Zainab, Ainaa juga merupakan pelajar yang berdikari dan berdedikasi tinggi serta tidak lokek untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk turut serta dalam pelbagai expo penyelidikan.

Artikel : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo