Events Calendar

Download as iCal file
Penyerahan watikah pelantikan Pro-Canselor UNIMAS kepada Ketua Menteri
Monday 18 September 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1686
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
TYCO3658.JPG

TYCO3635

KOTA SAMARAHAN, 18 September 2017 : Majlis penyerahan watikah pelantikan Pro-Canselor UNIMAS yang baharu kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah diadakan semasa kunjungan hormat rombongan Pengurusan tertinggi UNIMAS ke pejabat Ketua Menteri, di Wisma Bapa Malaysia pagi tadi.

Penyerahan watikah tersebut telah dilakukan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi kepada Ketua Menteri sambil disaksikan bersama oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Pendaftar UNIMAS, Encik Henry Tening ak Sengeng dan Pengarah UNIMAS Global, Profesor Madya Abang Ekhsan Abang Othman.

Naib Canselor semasa ditemui pemberita selepas majlis penyerahan watikah tersebut memberitahu pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri merangkap Tun Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

“ Pelantikan ini juga telah dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan permasyhuran Pro-Canselor akan dilakukan semasa Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-21 pada 6 November kelak,” katanya lagi.

Menurut Naib Canselor, konvokesyen UNIMAS tahun ini akan menyaksikan bilangan graduan paling ramai sejak konvokesyen pertama UNIMAS pada tahun 1997.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo