Events Calendar

Download as iCal file
Kembar tunggal UNIMAS sesi 2017/2018 kongsi cita-cita dan sukan sama
Tuesday 12 September 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3987
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
26106df4-7ca9-4762-bf60-7c1ceaadcb62.jpg

KOTA SAMARAHAN, 12 September 2017 : Kembar tunggal bagi sesi ambilan pelajar baharu UNIMAS kali ini seperti tidak dapat dipisahkan apabila menanam cita-cita yang sama untuk menjadi seorang jurutera pada masa akan datang.

Berasal dari Kangar, Perlis, pasangan kembar lelaki ini, Muhammad Faiq Wahiduddin bin Rezuwan dan Muhammad Faid Wajihuddin bin Rezuwan, terpilih melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS.

Bukan setakat mempunyai cita-cita yang sama, malah, kembar yang sukar untuk dibezakan paras rupa ini berkongsi minat pada sukan bola tampar sejak dari sekolah lagi dan kini menginap di kolej sama.

“ Sebelum ini, kami telah melanjutkan pengajian di peringkat asasi sains di Universiti ini dan seterusnya kami mahu menamatkan pengajian peringkat lebih tinggi lagi di sini,” kata Muhammad Faiq Wahiduddin.

Beliau berkata, nasihat ibubapa sentiasa menjadi pegangan dan bekalan mereka sepanjang berjauhan dari keluarga.

“ Kadang-kadang memang ada perbezaan pendapat di antara kami tetapi itu perbezaan itulah membuat kami semakin rapat kerana ibu sering berpesan untuk menjaga satu sama lain semasa di tempat orang.

“ Kami berharap dapat menamatkan pengajian di sini bersama-sama dan meraikan kejayaan itu dengan ibubapa dan keluarga kelak,” katanya lagi.

Mereka berdua merupakan antara 3315 pelajar-pelajar pra Siswazah dan 160 pelajar Pasca Siswazah baharu UNIMAS bagi ambilan September Sesi 2017/2018.

Artikel dan foto oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo