Events Calendar

Download as iCal file
Pujian buat UNIMAS : lahirkan modal insan berkualiti
Thursday 07 September 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2569
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MIP Pic.jpg

 

37062068385 426ea470d2 oMIPPIX2

KOTA SAMARAHAN, 7 September 2017 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mendapat pujian kerana menjadi antara universiti awam terbaik di rantau ini dalam melahirkan modal insan berkualiti saban tahun.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ini terbukti apabila jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di UNIMAS meningkat saban tahun terutama peningkatan pelajar dari luar negara.

“ Tahniah dan syabas kepada UNIMAS kerana berjaya menjadi Universiti terbaik di rantau ini. Saya percaya peningkatan pelajar sama ada pelajar tempatan mahupun luar negara, akan memberi kesan baik kepada sektor pendidikan serta visibiliti Universiti dan negara ini sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ikrar Pelajar (MIP) UNIMAS ambilan September Sesi 2017/2018 di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA UNIMAS, petang kelmarin.

Datuk Alexander Nanta Linggi yang juga Menteri Mentor UNIMAS berharap pelajar baharu supaya menimba ilmu pendidikan sebaik mungkin semasa pengajian di Universiti ini bagi mencapai kecemerlangan untuk diri dan keluarga.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya memberitahu jumlah pelajar bagi sesi ambilan kali ini adalah seramai 3315 pelajar-pelajar pra Siswazah dan 160 pelajar Pasca Siswazah baharu UNIMAS.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, UNIMAS menerima seramai lima pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan 374 adalah pelajar dari B40.

UNIMAS menyediakan kemudahan tempat tinggal dan kemudahan lain yang mesra OKU dan paling penting ialah kesediaan kakitangan universiti untuk menerima pelajar golongan istimewa sebagai sebahagian daripada belia yang akan berupaya mendokong cita-cita negara nanti.

“ Manakala pelajar-pelajar B40 dari Sarawak, UNIMAS mengecualikan yuran pengajian bagi kemasukan semester pertama. Ini merupakan salah satu agenda besar negara untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik buat siswa-siswi nanti.,” katanya.

Naib Canselor menambah, sebanyak RM400,000 diperuntukkan hasil Universiti setiap tahun bagi membantu golongan B40 ini atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial kepada negeri dan negara amnya.

“ Selain B40, kita juga menerima sebanyak 57 permohonan daripada pelajar kita yang tidak bekemampuan untuk membayar yuran dan universiti menerima serendah RM10 untuk yuran kemasukan bagi memastikan tiada yang tercicir dalam kemasukan kali ini,” sambung beliau.

Selain pelajar baharu dari Malaysia, UNIMAS turut menerima pelajar baharu dari negara luar antaranya  Australia, Indonesia, Brunei, Yemen, Egypt, Sudan dan Morocco.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo