Events Calendar

Download as iCal file
Kunjungan ke atas Dato’Sri Michael Manyin
Tuesday 05 September 2017, 03:00pm
Hits : 197
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2017-09-05 at 14.59.56.jpeg

WhatsApp Image 2017 09 05 at 14.59.48WhatsApp Image 2017 09 05 at 14.58.47

Kota Samarahan, 5 September 2017: Delegasi UNIMAS yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang telah melakukan kunjungan ke atas Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dato’ Sri Michael Manyin anak Jawong di pejabat beliau, pagi tadi.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memaklumkan Dato’ Sri Michael Manyin berhubung penganjuran Persidangan Antarabangsa Penerbitan Buku Borneo yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Oktober depan.

Seiring dengan penganjuran persidangan berkenaan, diadakan juga Pesta Buku selama lima hari bermula 11 Oktober di Plaza Merdeka Kuching yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik melibatkan komuniti setempat dan pelajar sekolah.

Dalam pertemuan ringkas hampir satu jam itu, delegasi UNIMAS yang melibatkan Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Penerbitan Buku Borneo turut menjemput Dato’ Sri Michael Manyin hadir pada persidangan itu kelak.

Turut menyertai kunjungan tersebut ialah Pengarah UNIMAS Publisher, Profesor Madya Dr Jane Labadin, Ahli Jawatankuasa Teknikal merangkap Pensyarah Fakulti Bahasa dan Pengajian Komunikasi UNIMAS, Profesor Madya Dr Jeniri Amir dan Pensyarah Fakulti Sains Sosial, Profesor Madya Dr Ahi anak Sarok.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Zaki b. Julaihi

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo