Events Calendar

Download as iCal file
Pustakawan Perlu Tingkat Pengetahuan dan Kemahiran
Tuesday 25 July 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2503
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pustakawan1.png

pustakawan2

KUCHING, 25 Julai 2017 –  Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Penyelidikan Sains dan Bioteknologi), Dr Annuar Haji Rapaee berkata kompetensi pakar dari UNIMAS boleh menjadi penyumbang kepada usaha Kerajaan Negeri mewujudkan satu rangkaian perpustakaan internet yang lebih bersepadu di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, kemampuan dan kemahiran yang telah ditonjolkan oleh pakar-pakar UNIMAS selama ini menunjukkan bahawa kompetensi pakar UNIMAS boleh membantu Kerajaan Negeri dalam hal-hal berkaitan pembangunan yang lebih mampan.

“ Banyak lagi pembangunan yang hendak kita lakukan di negeri ini untuk kepentingan penduduk dan anak-anak kita pada masa hadapan. Justery, saya berharap UNIMAS dapat menjadi antara penyumbang kepada pembangunan ini menerusi kepakaran-kepakaran yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Seminar Kepustakawanan 2017: Kelestarian Kecemerlangan yang diadakan pada pagi tadi.

Dalam ucapan sama, Dr Annuar berkata kejayaan sesebuah perpustakaan sentiasa dinilai dari segi pemeliharaan khazanah ilmu, jumlah koleksi dan pengunjung, kecelikan masyarakat setempat dan sejauh mana masyarakat membudayakan membaca.

Beliau berkata, selain itu, untuk mencapai kecemerlangan, sesebuah perpustakaan atau pusat maklumat memerlukan persekitaran yang dinamik termasuk para pustakawan/profesional maklumat yang cekap serta berdaya saing dan boleh menerima perubahan mengikut keperluan maklumat semasa.

“ Perpustakaan yang cemerlang akan memperlihatkan beberapa ciri fleksibiliti yang saling berkaitan dan dilaksanakan dalam satu entiti pada tahap yang mampan yang memenuhi atau bahkan melebihi jangkaan para pengguna.

“ Di sini kecemerlangan sesebuah perpustakaan sangat bergantung pada sejauh mana ianya mampu memberi perkhidmatan maklumat yang terbaik kepada para pengguna atau pelanggannya. Sekiranya perpustakaan gagal untuk memenuhi kehendak pengguna ini, ia akan terus ketinggalan dan mungkin dianggap tidak relevan lagi,” sambungnya lagi.

Dr Annuar turut menekankan tiga kemahiran yang perlu ada untuk melestarikan kecemerlangan iaitu kecekapan peribadi, kompetensi profesional dan kepesatan teknologi.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim berkata,  tema seminar bertajuk kelestarian kecemerlangan adalah bertepatan dengan peranan yang perlu dimainkan oleh para pustakawan masa kini supaya terus relevan, diiktiraf dan dirujuk.

Katanya, seminar tersebut menjadi medan untuk para pustakawan berbincang  dan berkongsi maklumat yang pintar dan lestari dalam kalangan institusi berkaitan dalam memperkasa perpustakaan dan pusat maklumat.

“ Para pustakawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas apatah lagi dalam persekitaran digital masa kini. Ia sebagai usaha untuk memastikan para pustakawan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna,” katanya.

Sementara itu, dalam seminar berkenaan turut diadakan perasmian Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA versi 17.05.

KOHA merupakan inisiatif Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS dalam meng-atumasikan sistem perpustakaan bersepadu yang baharu sejajar dengan seruan Universiti dalam pengoptimuman sumber.

KOHA merupakan sistem dari New Zealand dan berasaskan perisian terbuka serta sistem perpustakaan bersepadu yang dilihat antara langkah terbaik PKMA ke arah kelestarian Universiti dari aspek penyelenggaraan mahupun pembelian sistem.

Pemilihan KOHA adalah berdasarkan keupayaan dan kesesuaian untuk memenuhi keperluan semasa dan terkini.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo