Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Ramah Tamah MASNITA meriah
Thursday 20 July 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2917
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
masnita1.png

masniata2masniata3

KOTA SAMARAHAN, 20 Julai 2017 : Majlis Ramah Tamah Aidilfitri menjadi wadah yang sangat sinonim dengan pemupukan kerjasama dan persaudaraan terutama sepanjang bulan Syawal.

Menyedari kepentingan itu, Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri hari ini bertempat di Dewan Kristal, Bangunan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS.

Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad dalam ucapan ringkas beliau menyatakan penganjuran majlis itu juga sebagai tanda penghargaan kepada Ahli-ahli terutama Jawatankuasa MASNITA atas kerjasama dan bantuan selama dihulurkan selama ini.

“ Selain itu, kita juga mahu mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Pengurusan Universiti serta pihak luar yang banyak membantu menjayakan aktiviti MASNITA selama ini,” katanya lagi.

Beliau turut berharap dengan lantikan barisan Jawatankuasa Kerja MASNITA baharu bagi penggal 2017/2019 ini, prsatuan itu dapat mempelbagaikan aktiviti untuk kepentingan wanita khasnya dan masyarakat secara keseluruhan amnya.

Menurut Datin Kartini Beliau sepanjang tahun 2017 beberapa aktiviti kemasyarakatan telah dilaksanakan oleh Persatuan MASNITA.

Jelas beliau, antara aktiviti seperti sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan sempena sambutan Gawai Dayak 2017, sumbangan Hari Raya kepada pelajar dan balu kakitangan UNIMAS, sumbangan pakaian dan kasut sempena Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim sekitar Kota Samarahan; penyerahan sumbangan Ramadhan kepada tiga Madrasah dan sebagainya.

Selain itu, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri meriah bukan sahaja dengan kehadiran Ahli-ahli MASNITA tetapi juga  Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti serta isteri, Ahli Jawatankuasa Eksekutif dan wakil badan  korporat yang banyak memberi kerjasama kepada dana aktiviti MASNITA.

 

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo