Events Calendar

Download as iCal file
Isteri TYT terima kunjungan hormat rombongan MASNITA
Tuesday 18 July 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2303
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
masnita3.png

masnita1

KOTA SAMARAHAN, 18 Julai 2017 : Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) telah melakukan kunjungan hormat kepada isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib di Demak Jaya, pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad bersama-sama dengan barisan Ahli Jawatankuasa MASNITA baharu 2017/2019.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan MASNITA telah berkesempatan mengadakan sesi perbincangan dengan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib selama lebih kurang satu jam.

Datin Kartini memberitahu tujuan kunjungan hormat adalah sebagai memperkenalkan ahli jawatankuasa baharu MASNITA kepada  Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib dan bersempena sambutan Aidil Fitri 2017.

Dalam pertemuan tersebut, Datin Kartini merakamkan setinggi penghargaan kepada Toh Puan atas perkenan beliau untuk menerima kunjungan mereka.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo