Events Calendar

Download as iCal file
MASNITA adakan kunjungan hormat ke atas isteri KM
From Monday 17 July 2017 -  06:00pm
To Tuesday 18 July 2017 - 05:00pm
Hits : 2181
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
bini cm1.png

bini cm2

 

KOTA SAMARAHAN, 17 Julai 2017 : Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Ketua Menteri, Datin Amar Dato Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, bertempat di Wisma Sultan Tengah, hari ini.

Kunjungan tersebut telah diketuai oleh  isteri Naib Canselor UNIMAS merangkap Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad bersama-sama dengan barisan Jawatankuasa Kerja MASNITA baharu bagi penggal 2017/2019.

Dalam kunjungan hormat tersebut, rombongan MASNITA berbual mesra dengan Datin Amar Dato Hajjah Juma’ani berkaitan dengan isu-isu pembangunan persatuan wanita dan masyarakat termasuk aktiviti yang boleh dilaksanakan kelak.

Datin Juma’ani menyatakan sokongan beliau kepada aktiviti MASNITA dan berharap aktiviti yang dianjurkan memberi manfaat dan faedah kepada pembangunan wanita dan masyarakat di Universiti ini.

Dalam pertemuaan itu, Datin Kartini Beliau memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2017 beberapa aktiviti kemasyarakatan telah dilaksanakan oleh Persatuan MASNITA.

Katanya, antaranya ialah sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan sempena sambutan Gawai Dayak 2017, sumbangan Hari Raya kepada pelajar dan balu kakitangan UNIMAS, sumbangan pakaian dan kasut sempena Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim sekitar Kota Samarahan; penyerahan sumbangan Ramadhan kepada 3 Madrasah dan sebagainya.

Menurut beliau, MASNITA akan terus mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan untuk manfaat bersama dan berharap barisan jawatankuasa kerja yang baharu dapat memberi input dan kerjasama yang lebih baik untuk aktiviti mendatang.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo