Events Calendar

Download as iCal file
Terap budaya hormat-menghormati dalam budaya kerja
From Tuesday 11 July 2017 -  03:00pm
To Wednesday 12 July 2017 - 05:00pm
Hits : 3113
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ngabang1.png

ngabang3ngabang2

KOTA SAMARAHAN, 11 Julai 2017 : Ngabang Raya UNIMAS 2017 yang diadakan hari ini meriah dengan kehadiran lebih dari 2,000 pengunjung terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti ini serta para kenalan dan masyarakat setempat.

Ngabang Raya UNIMAS 2017 yang disambut bertemakan ‘ Colours of Sarawak’ menyaksikan enam belas teratak manah didirikan dengan menyajikan pelbagai sajian masyarakat pribumi Melayu dan Dayak di Malaysia.

Naib Canselor, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan ringkasnya berharap disebalik kemeriahan majlis ini, semua warga universiti perlu mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim tanpa mengira pangkat dan jawatan agar semangat kekeluargaan dan perpaduanUNIMAS sentiasa terpelihara selari dengan keharmonian negeri Sarawak yang kita nikmati selama ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Sambutan Ngabang Raya UNIMAS 2017 ini juga merupakan satu  kesempatan terbaik sekali untuk kita saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan, seterusnya mengukuhkan kerjasama sesama kita.

Oleh itu, marilah kita memanfaatkan hari perayaan sebegini untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan yang telah dingin dan retak sesama kita. Bak kata pepatah ‘Buang yang keruh ambillah yang jernih”, katanya lagi.

Naib Canselor turut menyeru supaya warga UNIMAS menterjemahkan sikap saling hormat-menghormati di dalam konteks budaya kerja di UNIMAS.

Beliau berkata, Sebagaimana biasa, setiap perayaan tidak mungkin disambut oleh semua di dalam suasana meriah dan gembira.

“ Ada yang malang kerana tidak bersama-sama dengan sanak-saudara yang dikasihi dan ada yang tidak bernasib baik kerana kurang kemampuan. Raikan majlis sambutan ini dengan penuh rasa syukur dan rendah diri,” katanya lagi.

Sementara itu, Ngabang Raya UNIMAS dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo