Events Calendar

Download as iCal file
Pelajar SMK Melugu sertai kem jelajah masa hadapan
Tuesday 16 May 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3161
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
masa depan1.png

 

masa depan3masa depan2

KOTA SAMARAHAN, 16 Mei 2017 : Kem Jelajah Masa Hadapan telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula 12 hingga 14 Mei lepas bertempat di Asrama Yayasan Sarawak.

Kem ini telah dianjurkan oleh sepuluh orang Duta Universiti Zon Sarawak di bawah lantikan Kementerian Pendidikan Tinggi serta melibatkan seramai empat puluh orang pelajar terpilih dari tingkatan satu hingga tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu, Sri Aman.

Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar luar bandar terutamanya pelajar SMK Melugu tentang pentingnya menimba ilmu dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Para pelajar juga diberi input yang berguna melalui pelbagai aktiviti yang berunsurkan karier, bidang pengajian serta bidang pekerjaan yang ada pada hari ini.

Objektif ini dijalankan adalah selaras dengan  4 prinsip utama Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu berimpak tinggi, Kos rendah, pelaksanaan pantas dan mapan.

Pengarah Projek merangkap Duta Universiti Zon Sarawak, Siti Nur Aqilah binti Makshut berkata, para pelajar dari luar bandar harus dibawa untuk melawat ke bandar supaya mereka dapat melihat sendiri keadaan di bandar dan bukan hanya mendengar dan melihatnya di alam maya sahaja.

Selain menerapkan kesedaran kepada para pelajar tentang pentingkan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kem ini juga bertujuan untuk membuka minda para pelajar pedalaman tentang kepentingan pendidikan yang akan mengubah taraf hidup mereka kelak

 “Berbeza dengan kem jati diri yang lain, kem ini lebih kepada inisiatif duta universiti dalam memupuk semangat menuntut ilmu dalam kalangan pelajar luar bandar sekali gus menekankan kepada mereka bahawa pentingnya pendidikan sekiranya ingin mengubah nasib komuniti mereka” katanya.

Mentor Duta Universiti Zon Sarawak merangkap Ketua Penolong Pendaftar, Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS, Dayang Nor Hajijah binti Awang Daud telah menyuarakan sokongan beliau terhadap program sulung Duta Universiti ini kerana ia mampu memberikan impak yang besar kepada para pelajar pedalaman.

“Saya percaya bahawa kem ini mampu memberi impak yang besar kepada para pelajar khususnya pelajar luar bandar kerana modus operandi kem yang berbeza, bersifat santai dan lebih dekat dengan peserta(pelajar)” katanya semasa majlis penutupan kem berkenaan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo