Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS bantu bangunkan empat TPOA di Semenanjung Malaysia
Wednesday 12 April 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2264
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ICT1.png

ISITI 11 20170412 TYCO2019ISITI2ISITI3

ISITI4ISITI5

KOTA SAMARAHAN, 12 April 2017 : Empat buah penempatan kumpulan etnik orang asli telah dipilih menjadi tapak projek ‘Telecentre Programme for Orang Asli (TPOA)’ yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Empat tapak projek tersebut terdiri dari Pos Sinderut dan Pos Lenjang di Kuala Lipis, Pahang dan Pos Gob serta Pos Balar di Gua Musang, Kelantan.

Menurut Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, TPOA adalah inisiatif antara komuniti Orang Asli di Pos Balar, Pos Lenjang dan Pos Gob bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Kita merasa terharu dan berbangga kerana diberi kepercayaan dan sokongan untuk melaksanakan projek ini, ” katanya semasa berucap pada perasmian majlis hari terbuka program-program telecentre hari ini.

Majlis hari terbuka tersebut telah diadakan di Telecentre Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang dan disiarkan secara langsung ke empat tapak projek iaitu Pos Balar, Pos Lenjang dan Pos Gob serta di pejabat Institut Informatik Sosial dan Inovasi Teknologi (ISITI UNIMAS) .

Naib Canselor dalam ucapan berharap masyarakat Orang Asli dapat menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin dan terus memelihara dan menghargai kemudahan yang telah diberi demi masa depan generasi  akan datang.

Jelas beliau, matlamat utama TPOA adalah membantu golongan Orang Asli menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk pembangunan sosioekonomi, meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat, pembangunan modal insan dan memberi impak kepada dasar sosial.

Secara keseluruhan, projek ini merangkumi enam elemen utama seperti latihan, pendidikan, pengetahuan Orang Asli, kesihatan, pelancongan dan agro-perniagaan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, YBhg Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Pengarah ISITI,  Profesor Dr Narayanan a/l Kulathu Ramaiyer Pengurus Telecentre, Encik Jali a/l Gayang, Ketua Tapak Pos Sinderut, Dr Wong Swee Kiong dan wakil Pos SInderut, Tok Batin Harun.

Artikel oleh : Olivia anak Ajan

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo