Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS terpilih jadi lokasi SL1M di Sarawak
Tuesday 11 April 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 12491
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SLIM1.JPG

SLIM2

KOTA SAMARAHAN, 11 April 2017 : Sasaran seramai 20,000 terdiri dari pencari pekerjaan dan lepasan graduan akan berkunjung ke Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung selama dua hari bermula 19 April ini bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS.

Ketua Sekretariat SL1M, Puan Hajah Norashikin Datuk Haji Ismail dalam satu sidang media hari ini berkata program SL1M merupakan kelolaan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

“ Ini merupakan peluang terbaik buat semua untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan. Bagi zon Sarawak, kita menganggarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan disediakan oleh lebih satu ratus syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta,” katanya.

Beliau menambah, pencari kerja dan graduan hanya perlu  membawa sijil pendidikan masing-masing dan sesi temu duga akan dijalankan secara‘ on the spot’ oleh pihak syarikat terlibat.

Menurut beliau, perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sementara itu, Dekan Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS, Profesor Dr Siti Raudzah Ghazali berterima-kasih dengan pihak SL1M kerana memilih Universiti ini sebagai lokasi bagi program berkenaan.

Beliau berkata, ini merupakan kali ke-empat UNIMAS dipilih sebagai lokasi untuk pameran kerjaya dan berharap SL1M akan dapat membantu pencari kerja dan para graduan.

Sementara itu, antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program SL1M diadakan seperti ceramah kerjaya, penampilan motivasi dan hiburan bersama selebriti iaitu Faizal tahir dan Kumpulan Zero Maharaja Lawak, kempen derma darah, gerai jualan, cabutan bertuah, permainan dan bermacam lagi.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo