Events Calendar

Download as iCal file
Kerjasama Mantap : Kerajaan Negeri dan UNIMAS laksanakan makmal pembelajaran STEM
From Thursday 06 April 2017 -  04:00pm
To Friday 07 April 2017 - 05:00pm
Hits : 1736
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
stem2.png

 

stem1.png

KOTA SAMARAHAN, 6 April 2017 : SK Rakyat Haji Bolhassan menjadi sekolah pertama dari enam buah sekolah yang dipilih bagi perlaksanaan makmal pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini.

Makmal pembelajaran STEM tersebut merupakan inisiatif bersama di antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam usaha mengalak dan meningkatkan minat, kefahaman dan kejayaan pelajar dalam empat bidang pelajaran berkenaan.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg semasa majlis menaik taraf dewan dan makmal STEM di SK Rakyat Haji Bolhassan, hari ini.

Menurut Ketua Menteri, pelaksanaan makmal pembelajaran STEM adalah tepat pada masa negara memerlukan generasi muda yang berpengetahuan dan berilmu tinggi dalam empat subjek tersebut bagi bersaing dengan cabaran ekonomi global di dunia digital pada masa sekarang.

 “ STEM menjadi keutamaan tertinggi dalam pendidikan negara untuk kita melihat anak-anak kita mendapat ilmu dalam empat subjek sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Program ini yang turut menekankan penggunaan bahasa English juga menjadi keutamaan dalam Kurikulum Pendidikan Negara,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi menjelaskan lima lagi sekolah yang dipilih untuk makmal STEM pertama ialah SK Tan Sri Dr Sulaiman Daud, SK Abang Abdul Rahman (Saratok), SMK Tunku Abdul Rahman, SMK St Joseph Kuching dan SMK BM Saratok.

“  Sebanyak RM750,000 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan STEM di enam buah sekolah ini. Cara kita ialah memperkenalkan pelbagai aktiviti menarik dalam makmal STEM supaya pelajar menjadi minat dan tertarik dengan empat subjek berkenaan,” katanya.

Jelas Naib Canselor, sebagai tanda sokongan, UNIMAS akan membantu 30 orang guru (lima orang bagi setiap sekolah dipilih) untuk menerima latihan intensif di Universiti ini tentang pembelajaran STEM.

Beliau berkata, program STEM ini telah dirangka untuk 164 sekolah di seluruh negeri Sarawak di mana pembahagiannya adalah dua buah sekolah ( satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah) di 82 buah kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo