Events Calendar

Download as iCal file
FPBPK lakukan kunjungan hormat ke atas TYT Negeri Sarawak
Tuesday 04 April 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1320
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FPBPK_54_20170403_TYCO4848.png

FPBPK 36 20170403 TYCO4830

KOTA SAMARAHAN, 4 April 2017 : Rombongan dari Fakulti Pegajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi (FPBPK)  UNIMAS telah melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Astana Negeri Sarawak, Kuching, kelmarin.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Dekan FPBPK, Profesor Dr. Ambigapathy a/l Pandian, Timbalan Dekan FPBPK (Prasiswazah), Dr Collin Jerome, Guru Bahasa, Encik Dillah Tuah, Penolong Pendaftar, Puan Norhamimah bt Buang dan beberapa orang staf FPBPK.

Antara tujuan kunjungan hormat ini dilakukan adalah bagi memperjelaskan kepada Tun Pehin Sri mengenai program pemantapan bahasa dan budaya sukuan Sarawak untuk tahun 2017.

Menurut  Dr Collin Jerome, sempena dengan program tersebut akan diadakan aktiviti antaranya Persidangan Antarabangsa Pengajian Bahasa kali ke-2 pada 9 dan 10 Ogos bertempat di Hotel Riverside Kuching.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi persidangan berkata, jumlah sasaran peserta persidangan adalah sekitar 170 orang terdiri dengan kemuncak persidangan adalah  majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara FPBPK bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan beberapa institusi dan organisasi lain.

Menurut Dr Collin, program kedua pula ialah Karnival Rindok Sarawak yang akan diadakan pada 14 Oktober 2017 di Padang Merdeka Kuching bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam.

Katanya,  karnival itu bertujuan untuk menunjukkan kepelbagaian bahasa dan budaya termasuk masakan tempatan, kraftangan dan sukan rakyat yang terdapat di negeri ini dan berkemungkinan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak.

Dalam kunjungan kehormat yang sama, rombongan FPBPK turut menyuarakan cadangan untuk mewujudkan Piala Tun Pehin Sri sempena dengan pertandingan filem/video dokumentari Sarawak Piala Tun Pehin Sri.

Beliau berkata, pertandingan filem/dokumentari tersebut yang akan dilancarkan pada tahun depan turut mendapat kerjasama dari RTM, GAFIM, DBP Sarawak dan Persatuan-persatuan masyarakat di negeri ini.

Dalam pada itu Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud melahirkan sokongan kepada usaha-usaha berkenaan dan berharap agar diperbanyakkan lagi program bagi memantapkan bahasa dan budaya masyarakat di Sarawak.


Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo