Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Perasmian Projek Rumah Cendawan PDK Samarahan
From Tuesday 21 March 2017 -  03:00pm
To Wednesday 22 March 2017 - 05:00pm
Hits : 1863
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cendawan2.png

Cendawan1

Kota Samarahan, 21 Mac 2017: Projek “Rumah Cendawan PDK Samarahan” telah dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Hajah Fatimah Abdullah bertempat di PDK Samarahan, Kota Samarahan, hari ini.

Projek komuniti ini merupakan program yang diadakan untuk komuniti di PDK Samarahan yang terdiri daripada pelatih dan peserta PDK tersebut. 

Projek ini merupakan projek jalinan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan PDK Samarahan.

Projek ini memperolehi tajaan bersama oleh pihak Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UNIMAS; selain mendapat kerjasama daripada pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan.

Keutamaan program ini adalah sebagai penglibatan universiti kepada komuniti di samping membantu dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi peserta dan masyarakat sekitarnya.

Menyingkap sejarah pengwujudan Rumah Cendawan ini, sejak tahun 2015 terdapat beberapa aktiviti yang dikendalikan oleh Ketua Projek UCTC bagi projek pembenihan dan penanaman cendawan, iaitu Prof Dr Sepiah Muid.

Antaranya ialah Bengkel Pembenihan Benih Cendawan dan Bengkel Penanaman Cendawan.

Kejayaan pelbagai aktiviti ini membawa kepada cetusan idea untuk mewujudkan sebuah Rumah Cendawan di PDK Samarahan pada tahun 2016. 

Pembinaan Rumah Cendawan ini bermula pada awal tahun 2016 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2016.  

Rumah Cendawan ini dijangka akan meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup peserta PDK Samarahan.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Sains & Teknologi Sumber UNIMAS, Prof Dr Othman Bojo, Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan, Pengerusi PDK Samarahan, Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak, pelatih dan peserta PDK Samarahan dan wakil dari beberapa agensi yang terlibat serta komuniti setempat.

Datuk Hajah Fatimah dalam ucapan perasmiannya turut memanjangkan ucapan tahniah kepada UNIMAS, khususnya pihak UCTC UNIMAS, Fakulti Sains & Teknologi Sumber UNIMAS dan semua ahli jawatankuasa Projek Rumah Cendawan PDK Samarahan kerana telah mengambil inisiatif dalam melaksanakan program sebegini dengan penuh kreatif dan innovasi. 

Beliau berkata program ini akan memberi tumpuan khusus bagi meningkatkan sosio-ekonomi dalam kalangan peserta PDK serta warga PDK secara keseluruhannya.

 
Attachment(s):
 
 
Demo