Events Calendar

Download as iCal file
PESETIA UMS lawat UNIMAS : Usaha terbaik erat silaturahim
Friday 24 February 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3025
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PESETIA2.png

PESETIA1

 

KOTA SAMARAHAN, 24 Februari 2017 : Seramai 27 orang Setiausaha Pejabat dari Persatuan Setiausaha Universiti Malaysia Sabah (PESETIA UMS) telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Rombongan PESETIA diketuai oleh Setiausaha Pejabat  Naib Canselor UMS, Puan Natasha Haneem.

Wakil Setiausaha Pejabat UNIMAS, Puan irine Sanyung dalam ucapannya menyuarakan rasa penghargaan kepada rombongan PESETIA kerana memilih UNIMAS sebagai lokasi lawatan yang juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengeratkan hubungan antara mereka.

Beliau berkata, tugas sebagai setiausaha pejabat yang dahulunya dikenali sebagai ‘Steno’ bukanlah mudah lebih-lebih  lagi dengan ledakan teknologi moden yang terkini dan pelbagai.

“ Dengan tugas yang sentiasa sibuk dan penuh cabaran ini, kita amat berbangga kerana segala cabaran ini dapat kita hadapi dengan penuh kerelaan bersesuaian dengan kemajuan teknologi dan media sosial yang tiada batasan,” katanya.

Beliau menambah, Setiausaha Pejabat dahulunya didedahkan dengan mesin-mesin taip manual berjenama Olivetti dan Olympia disusuli mesin elektronik dan elektrik sebelum penggunaan komputer diperkenalkan.

Sepanjang lawatan tersebut, ahli-ahli Setiausaha Pejabat PESETIA dan UNIMAS telah mengadakan sesi perkongsian ilmu dan lawatan sekitar kampus.

Hadir sama meraikan lawatan rombongan PESETIA ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim, Timbalan Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Azlan Haji Ramli, Setiausaha-setiausaha Pejabat UNIMAS dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Lawatan.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo