Events Calendar

Download as iCal file
Bangun potensi diri menerusi organisasi badan beruniform
Wednesday 22 February 2017, 08:00am
Hits : 4538
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
uniform_23_20170222_IMG_0996.jpg

uniform 46 20170222 IMG 0836

 

KOTA SAMARAHAN, 22 Februari 2017 : Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata penglibatan pelajar dalam organisasi badan beruniform di universiti dapat mengilap potensi diri,jati diri dan peribadi pelajar itu sendiri.

Beliau berkata, selain menjadi platform konkrit dalam pembangunan diri pelajar, badan-badan beruniform juga memupuk nilai-nilai murni pelajar.

"Aplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam diri.

"Jangan persoalkan apa yang negara mampu sumbangkan kepada kita, sebaliknya rencanakan apa yang mampu kita sumbangkan kepada organisasi,bangsa dan negara kita," katanya lagi.

Naib Canselor berkata demikian semasa berucap pada Perbarisan Perdana Badan Beruniform UNIMAS hari ini.

Beliau yang juga Komandan PALAPES UNIMAS berkata pelaksanaan perbarisan hari ini adalah bertujuan untuk merapatkan tali silaturahim sesama badan beruniform di Universiti ini.
Dalam pada itu, seramai 506 pegawai kadet telah menyertai perbarisan berkenaan.

Pegawai-pegawai kadet terdiri dari anggota Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), Sukarelawan Polis Siswa Siswi ( Kor SUKSIS dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ( PALAPES)


Artikel oleh :Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo