Events Calendar

Download as iCal file
Program Sumbangsaran Majlis Dekan 2022 bincang hala tuju strategik UNIMAS
Wednesday 19 January 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 936
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Dekan1.jpeg

Dekan2 CopyDekan3.jpeg

Kota Samarahan, 19 Januari 2022: Seramai 85 orang melibatkan Pengarah-pengarah, Dekan-dekan, Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj), Presiden Persatuan dan wakil Majlis Persatuan Pelajar (MPP) UNIMAS, berkampung selama empat hari di Bintulu, untuk mengikuti Program Sumbangsaran Majlis Dekan 2022, di Bintulu bermula kelmarin.

Program tersebut merupakan platform strategik untuk membincangkan rangka hala tuju Universiti dan pada masa yang sama menjadi satu medium penting untuk mengeratkan kerjasama dalam kalangan pihak pengurusan dan pentadbiran UNIMAS.

Aktiviti pengisian program dipenuhi dengan seisi pembentangan, perkongsian dan perbincangan untuk topik-topik berkaitan dengan Pelan Strategik Universiti yang akan menjadi intipati kepada perancangan serta langkah-langkah strategik universiti di dalam mendepani cabaran pendidikan tinggi yang sedia ada dan mendatang.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan ringkas semasa merasmikan Program Sumbangsaran Majlis Dekan 2022 menekankan mengenai kerjasama berterusan dalam kalangan warga UNIMAS, selain penekanan kepada perancangan teratur serta berimpak tinggi di dalam menangani perubahan serta cabaran pendidikan tinggi global dan aspirasi Universiti di dalam halatuju dan pengoperasian Universiti di dalam era pasca pandemik.

 
Attachment(s):
 
 
Demo