Events Calendar

Download as iCal file
Pengarah dokumentari dari Vietnam bakal kongsi ilmu di MFF UNIMAS
Friday 07 January 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 858
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Banner) DocWorkshop_Pham_Big.png

KOTA SAMARAHAN, 7 Januari 2022: Mini Film Festival (MFF) UNIMAS akan menganjurkan siri bengkel dokumentari pada 10 Januari 2022 dengan menampilkan Pengarah dari Vietnam, Pham Thu Hang, untuk berkongsi pengalaman dalam pengarahan dan penyuntingan dokumentari.

Pham Thu Hang, pernah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik dalam kategori Filem Cereka Asia di Festival Filem Antarabangsa Singapura dan terkenal dengan karya dokumentari bertajuk "The Future Cries Under Our Soil", yang menceritakan kehidupan masyarakat selepas perang saudara di Wilayah Quang Tri, Vietnam.

Siri bengkel dokumentari tersebut akan diadakan secara atas talian selama dua hari bermula 9 Januari sehingga 10 Januari 2022, dengan pengisian aktiviti bengkel seperti tayangan dokumentari/filem dan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama Pham Thu Hang.

Bengkel dokumentari ini yang merupakan kerjasama pelbagai pihak antaranya UNIMAS, Majlis Seni Sarawak, TVS, CHIC, Watch Movies Not dan lain-lain, akan diadakan secara percuma kepada sesiapa yang berminat dengan pendaftaran boleh dilakukan melalui https://bit.ly/17thMFF.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bengkel dokumentari ini juga boleh menghubungi terus Haazim di talian +6011 2529 9264.

 
Attachment(s):
 
 
Demo