BEGIN:VCALENDAR VERSION:2.0 PRODID:-//jEvents 2.0 for Joomla//EN CALSCALE:GREGORIAN METHOD:PUBLISH BEGIN:VTIMEZONE TZID:Asia/Kuching BEGIN:STANDARD DTSTART:20190219T080000 RDATE:20380119T111407 TZOFFSETFROM:+0800 TZOFFSETTO:+0800 TZNAME:Asia/Kuching +08 END:STANDARD END:VTIMEZONE BEGIN:VEVENT UID:824858a9fddd1b5694ccc8eac2e34d47 CATEGORIES:In The Media CREATED:20200220T154722 SUMMARY:Projek Hidro Mikro CREN UNIMAS: Bantu tingkatkan sosio-ekonomi penduduk Kpg Assum DESCRIPTION:
KOTA SAMARAHAN , 20 Februari 2020: Majlis Penyerahan Projek Hindro Mikro Kpg Assum di Pada wan, telah berjaya disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, di Dewan Kpg Assum, pagi tadi.
Majlis bersej arah tersebut turut disaksikan oleh Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementeri an Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Pu an Nur Azlin Muhamad Awal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi ), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pe lajar dan Alumni), Profesor Dr Kamarudin Kana, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Madya Ir Dr Siti Noor Linda Haji Taib, Pengarah CREN, Ir Dr Hazrul Mohamed Basri, Ketua Kaum Kampung Assum, Encik Siang ak Sayod, penyelidika n-penyelidik UNIMAS dan penduduk kampung Assum.
Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada para penyelidik Pusat Tenaga Bole h Diperbaharui (CREN) kerana menjayakan projek hidro mikro dan juga ucapan terima kasih kepada MESTECC kerana membiayai sepenuhnya projek berkenaan. p>
Beliau berkata, sesungguhnya UNIMAS akan terus bekerjasama dengan jaba tan-jabatan kerajaan dalam usaha memenuhi dan menyediakan kemudahan asas ya ng mencukupi, berkualiti dan selesa bagi seluruh penduduk di kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini.
“ Sebagai sebuah universiti awam di S arawak, UNIMAS sentiasa prihatin dengan perkembangan dan keperluan penduduk Sarawak terutamanya diluar bandar. Kita amat berharap projek ini akan memb eri manfaat kepada penduduk di Kpg Assum terutama berkaitan kualiti hidup d an sosio-ekonomi penduduk kampung dan persekitarannya,” katanya.
Dala m pada itu, projek hidro mikro Kpg Assum yang bermula sejak tahun 2013 dan siap sepenuhnya pada 2016 merupakan salah satu daripada beberapa projek CRE N yang dilaksanakan untuk membantu komuniti luar bandar mendapat bekalan el ektrik asas yang murah dan berterusan untuk keperluan seharian penduduk kam pung.
Berdasarkan “UNIMAS Micro Hydro Community Based Framework"< /em> yang dipelopori oleh CREN dan juga komitmen penduduk kampung yang sang at menggalakkan, projek hidro mikro 15 kW telah dilaksanakan melibatkan pem binaan kawasan tadahan air, alat-alat elektro-mekanikal seperti turbine dan generator, transmisi voltan rendah dan jaringan penghata ran elektrik.
Kini, penduduk kampung telah mempunyai dua (2) sumber t enaga elektrik iaitu daripada hidro dan juga bekalan daripada SEB melalui g rid. Penjanaan tenaga elektrik percuma ini berjaya merangsang aktiviti sosi o-ekonomi masyarakat setempat.
Meskipun projek ini belum dapat membek alkan elektrik dari kuasa hidro ke rumah-rumah penduduk kampung Assum namun setakat ini bekalan elektrik ini dapat dibekalkan ke Dewan Kpg Assum bagi kegunaan asas penduduk seperti lampu, kipas angin, peti ais berkuasa rendah , televisyen, radio serta keggunaan penduduk kampung untuk penghasilan prod uk makanan tempatan seperti pemprosesan keropok ubi kayu, keropok pisang da n lain-lain.
Selain itu, projek ini juga berjaya memenangi dua anuger ah iaitu Anugerah “Renewable Energy for off-grid” di Majlis Mesyua rat Tenaga Menteri-Menteri Asean ke-37 pada tahun 2019 di Bangkok dan juga Anugerah Tenaga Kebangsaan 2019 di Kuala Lumpur.
Bagi mengekalkan kem ampanan sistem hidro mikro ini, satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh penduduk kampung telah ditubuhkan dan diharapkan dapat menjalankan tanggun gjawab dan peranan masing-masing melalui aktiviti pemantauan dan penyelengg araan yang sistematik dan terancang.
Dengan melibatkan pihak komuniti dalam proses pelaksanaan projek, UNIMAS yakin sistem ini mampu membekalkan elektrik dalam jangka masa yang panjang dan sosio-ekonomi penduduk kampung dapat ditingkatkan lagi.
Dalam pada itu, CREN telah ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS dengan bermatlamat untuk m engalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tenaga lestar i dan teknologi mampan.
Ia juga sebagai strategi UNIMAS untuk menyoko ng kegiatan penyelidikan dan pembangunan berlandaskan bidang-bidang khusus seperti Biodiversity & Environmental Conservation, Sustain able Community Transformation, dan Information, Communication and Creative Technology.
CREN juga komited membantu serta merangka beberapa program sosio-ekonomi untuk menggalakkan penduduk kampung mencebur i bidang perniagaan berasaskan hasil pertanian sekaligus meningkatkan sosio ekonomi penduduk kampung melalui bekalan elektrik yang sedia ada.
DTSTAMP:20240329T132418Z DTSTART;TZID=Asia/Kuching:20200220T080000 DTEND;TZID=Asia/Kuching:20200220T170000 SEQUENCE:0 TRANSP:OPAQUE END:VEVENT END:VCALENDAR