Events Calendar

Tuesday 15 September 2020
  • In The Media
    15 September 2020 - 15 September 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    14.jpg

     

     

    Majlis Penyerahan Komputer dan Penutupan Program Kursus Kesihatan Keluarga Kampung Mang bagi sesi akademik 2018/2020 telah diadakan dengan jayanya di Masjid Ali Fatimah, Kampung Mang.

    Program Kursus Kesihatan Keluarga merupakan program yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan tahun satu dan tahun dua. Menjadi tradisi bagi program ini, terdapat dua buah majlis besar yang diadakan iaitu Majlis Penyerahan Anak Angkat dan Majlis Penutupan Program Anak Angkat. Majlis Penyerahan Anak Angkat telah diadakan pada 9 Mac 2019 bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS. Manakala perancangan bagi Majlis Penutupan pula sepatutnya diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Mang pada 20 Jun 2020.    

    Walau Bagaimanapun disebabkan Pandemik Covid 19, majlis yang telah dirancang terpaksa dibatalkan. Bagi menghargai kerjasama yang telah dihulurkan, UNIMAS melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah menyerahkan 2 unit komputer baharu kepada wakil penduduk Kampung Mang dan sekaligus menutup Program Kesihatan Keluarga.

    Majlis ini dihadiri 50 orang (35 orang keluarga angkat dan 15 orang warga UNIMAS). Terdapat 5 buah keluarga angkat yang tidak dapat hadir kerana tugasan-tugasan yang tidak dapat dielakkan. Manakala para pelajar masih belum kembali ke kampus kerana masih lagi mengikuti aktiviti Pengajaran & Pembelajaran secara atas talian.

    UNIMAS juga telah menyampaikan sumbangan ...





  • In The Media
    15 September 2020 08:00am - 30 September 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BengkelPemurnian1.jpg

     

    Ketua-Ketua Fokus Strategik (Strategic Focus Owner) telah bertemu sekali lagi dalam Bengkel Pemurnian Pelan Strategik 2021-2025 UNIMAS di Ranchang Room, Damai Beach Resort pada 11-13 September 2020. Bengkel kali ini bertujuan memurnikan dan memuktamadkan Strategic Focus, Strategic Commitment, Strategic Initiative dan Key Performance Indicator bagi SF1-SF5.

    Turut serta ialah pasukan petugas UNIMAS Global dan SQRC yang berganding bahu dalam merangka isi kandungan, rekabentuk, susun atur dan penerbitan Buku Pelan Strategik 2021-2025 UNIMAS.

    BengkelPemurnian5

    BengkelPemurnian2

     

    BengkelPemurnian3

    BengkelPemurnian4





  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





  • In The Media
    15 September 2020 08:00am - 15 September 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    news17092020.jpg

     

    KOTA SAMARAHAN, September 17: The Centre of Pre-University Studies (PPPU) welcomed the arrival of its new intake students. About 856 new students reported to the campus between 1 – 5 September 2020.  The UNIMAS Vice Chancellor, Prof. Datuk. Dr. Mohamad Kadim Suaidi showed his support during a visit on the 5 September 2020. He congratulated the Director of PPPU, Associate Professor Dr. Muna Sabri and her team on their commitment to serve the students.

    When asked about the procedure of the students’ accommodation in UNIMAS, Seroja Residential College fellow, Madam Anissa Aziz (Faculty of  Applied & Creative Arts) explained that Liaison Officers (LO) consisting of PPPU Alumni were stationed at the Kuching International Airport to escort students safely to UNIMAS by buses.  Upon their arrival, students will need to go through a series of health screening in their respective college while registering. Students will also need to fill in forms with their personal information and scan the QR code provided before receiving their room keys. The male students are sorted to Rafflesia Residential College while the female students remained at Seroja Residential College accommodation. Food and basic needs are provided in the colleges as students are not allowed to ...





Demo